Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sajian liputan NDP barisan wartawan BH papar semangat Hari Kebangsaan

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



DENGAN sambutan ulang tahun ke-57 Singapura kembali meriah tahun ini selepas dua tahun disekat pandemik, barisan wartawan Berita Harian (BH) yang membuat liputan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini turut ingin memaparkan semangat itu.



Mengikut tema NDP tahun ini, iaitu "Lebih Kukuh Bersama, Majulah", wartawan NDP tahun ini ingin menunjukkan semangat beriadah keluar bersama dengan teman dan keluarga sambil mengikut trend yang diikuti ramai penduduk di sini sejak dua tahun lalu seperti meneroka tempat menarik dalam negara dan berbasikal.



Wartawan tahun ini merangkumi Cik Nur Syuhrah Hassan, Cik Natasha Mustafa, Encik Harith Mustaffa, Encik Hakim Yusof, Encik Hans Ashrie Daud, Cik Dahlia Zulkifli, Cik Arnie Yazreena Yazid dan Encik Syed Muhammad Firdaus; koresponden Cik Rubiah Mohd dan Cik Rabiatul Adawiya Binhan; dan dipimpini koresponden Farid Hamzah dan wartawan Cik Nur Humaira Sajat.



Tahun ini, wartawan BH yang membuat liputan NDP turut mendapat sokongan penaja pembina dan tukang ubah elok basikal, 26InchGravelCross, yang menawarkan basikal ala retro 90-an bagi gambar mereka dan Encik Muhd Syafiq Mohd Esa, Pengarah Divisyen Kanan Divisyen Focus ERA Realty yang menajakan kemeja-T NDP BH tahun ini.



Ikuti liputan NDP BH di www.BH.sg, dan akaun media sosial kami di Facebook, Instagram dan TikTok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >