Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sajian rencam untuk seisi keluarga

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



MUSIM baru bermakna timbul bermacam idea baru.



Selaku penerbit rancangan mingguan bercorak gaya hidup terbitan Berita Harian, The BM Show, saya bersama anggota lain pasukan rancangan ini tidak pernah henti memikirkan kandungan terbaik untuk penonton setia kami.



Kami sering bertanya: "Apa yang penonton mahu lihat?"



Justeru, The BM Show, kembali untuk musim ketiga berkonsep baru.



Musim terbaru ini menjanjikan kandungan yang menghiburkan, mendidik dan padat dengan maklumat.



Ia memperkenalkan tiga segmen baru, yang dinamakan 'Singapura', 'Hiburan' dan 'Gaya Hidup'.



Segmen 'Singapura' menampilkan personaliti tertentu atau topik setempat yang hangat, relevan dan penting.



Ia dihoskan oleh wartawan akhbar ini, Cik Irma Kamarudin.



Dalam episod pertama, Cik Irma mengunjungi Pusat Khidmat Keluarga Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Wisma Geylang Serai untuk bertemu presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, untuk mengetahui lebih mengenai khidmat yang ditawarkan di sana sempena kempen mereka, 'Satu Hati, Satu Famili'.



Antara lain, segmen ini juga menyusuri jalan kenangan bersama kakitangan Taman Burung Jurong sempena ulang tahun ke-50 mereka.



Pasukan The BM Show turut naik bot ke seberang pulau melawati Bendera Bay di Pulau St. John sambil mendengar kisah menarik seorang bekas penduduk pulau itu.



Inilah keistimewaan segmen 'Singapura' di mana kami dapat membuat penggambaran di luar studio media akhbar ini - jika dibandingkan dengan dua musim pertama The BM Show semasa tempoh pemutus litar, Fasa Satu dan Fasa Dua.



Secara visual, penonton boleh menjangkakan latar penggambaran video yang lebih cantik dan pelbagai.



Dari dalam negeri, The BM Show turut ke luar negeri "bertemu" personaliti hiburan rantau ini.



Jangan risau.



Tiada kru pasukan The BM Show yang dapat naik pesawat ke luar negara semasa pandemik ini.



Teknologi kan ada!



Dalam segmen 'Hiburan', penolong kepada editor, Cik Hanim Mohd Saleh bersembang dan bertanya khabar personaliti hiburan tanah air dan luar negara, melalui wadah dalam talian.



Ini termasuk ikon kulinari dari seberang Tambak, Cef Wan, dan pelakon kelahiran Singapura yang kini menetap di Malaysia, Norish Karman.



Personaliti tempatan tidak terkecuali turut diundang ke studio kami berkongsi perkembangan terkini mereka.



Selain itu, segmen ini juga akan merumuskan berita-berita menarik dalam dunia hiburan serantau sepanjang minggu tersebut.



Segmen sesuai bagi mereka yang mahukan berita terkini mengenai dunia hiburan.



Bagi segmen 'Gaya Hidup', penonton akan dibawa meneroka keindahan Kota Singa dan mencuba pelbagai kegiatan yang sesuai dilakukan seisi keluarga.



Setiap minggu, wartawan akhbar ini akan mengesyorkan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan estet kejiranan mereka.



Dalam episod pertama, hos, Cik Natasha Mustafa dan Cik Nur Humaira Sajat mengajak penonton berjalan-jalan di Tampines.



Di sana, mereka 'makan besar' di tempat sarapan ikonik dalam kalangan penduduk, Restoran Keluarga Afghanistan, dan mengunjungi blok HDB yang unik di kawasan Tampines.



Antara estet kejiranan lain yang turut diterokai dalam rancangan ini termasuk Bukit Panjang, Punggol, Yishun dan Jurong.



Dengan ramai yang mula rasakan 'cabin fever' atau rimas duduk di negara sendiri, segmen ini bertujuan mendorong orang ramai 'terbang' dan mengembara ke estet-estet kejiranan kita.



Lebih-lebih lagi estet kejiranan yang bukan kediaman kita atau jarang kita kunjungi.



Sebenarnya, banyak yang boleh kita lihat!



Natijahnya, konsep musim ketiga The BM Show ini diterbitkan untuk manfaat seisi keluarga.



Pastinya, kandungan setiap segmen yang diperkenalkan dapat menarik minat dan sesuai untuk setiap lapisan usia.



Jangan lupa saksikan musim terbaru The BM Show hari ini, 10 pagi, di www.beritaharian.sg, Facebook dan Instagram akhbar ini.




 ''Musim ketiga The BM Show membawa pembaruan kepada konsepnya.

 Penggambaran untuk musim terbaru ini tidak hanya terhad kepada studio media Berita Harian sahaja, dengan pasukan rancangan ini membuat rakaman di luar, ke pelbagai tempat menarik sekitar Singapura.

 Antaranya termasuk ke Pusat Khidmat Keluarga PPIS di Wisma Geylang Serai, Taman Burung Jurong dan menaiki bot untuk ke Bendera Bay di Pulau St. John.

 Pastinya, penggambaran kali ini lebih mencabar dengan latar yang berbeza-beza namun kami percaya semuanya berbaloi demi menyajikan kandungan yang padat dan mendidik kepada penonton setia kami.''

 - Hos The BM Show, Irma Kamarudin, berkongsi pengalaman membuat penggambaran untuk segmen 'Singapura'.




"Apa sahaja berkaitan dunia hiburan serantau akan dipaparkan dalam segmen 'Hiburan' untuk musim ketiga The BM Show.

Segmen ini menjanjikan kandungan menarik dan menghiburkan bersama personaliti hiburan tanah air dan di luar negara, melalui wawancara secara fizikal mahupun dalam talian.

Seronok 'bertemu' personaliti yang sudah lama kita tidak mendengar khabar mereka.

Ini termasuk ikon kulinari dari seberang Tambak, Cef Wan, dan pelakon kelahiran Singapura yang menetap di Malaysia, Norish Karman.

Saya turut akan berkongsi berita-berita menarik hiburan yang 'panas' sepanjang minggu.

Musim ini juga kali pertama saya membuat rakaman di studio menggunakan skrin hijau.

Pengalaman yang baru sedang kita semua beranjak ke era digital."

- Hos The BM Show, Cik Hanim Mohd Saleh mengenai apa yang boleh penonton menjangkakan dalam segmen 'Hiburan'.




SAJIAN THE BM SHOW MINGGU INI!



THE BM SHOW boleh ditonton HARI INI, 10 PAGI, menerusi www.beritaharian.sg, serta menerusi laman Facebook dan Instagram akhbar ini.




SEGMEN SINGAPURA:

Ikuti lawatan hos, Cik Irma Kamarudin, ke Pusat Khidmat Keluarga Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Wisma Geylang Serai untuk mengetahui lebih tentang kempen mereka, ‘Satu Hati, Satu Famili’ bersama presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim.



SEGMEN HIBURAN:

Hos Cik Hanim Mohd Saleh, bersembang bersama cef terkenal dari seberang Tambak, Cef Wan, mengenai perkembangan beliau semasa pandemik ini dan kolaborasinya bersama restoran di Singapura, Penang Culture.



SEGMEN GAYA HIDUP:

Hos, Cik Natasha Mustafa dan Cik Nur Humaira Sajat, membawa penonton berjalan-jalan sekitar estet kejiranan mereka, Tampines.

Di sana, mereka menunjukkan tempat makanan sarapan ikonik dalam kalangan penduduk, Restoran Keluarga Afghanistan, dan blok-blok HDB yang unik di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >