Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sakit kaki kian reda lepas dapat rawatan perubatan tradisional Cina

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



SEJAK lima tahun dulu, Encik Ahmad Ibrahim telah mendapatkan rawatan perubatan dari sebuah perubatan tradisional Cina (TCM), Institusi Perubatan Sian Chay di Marsiling Drive.



Sebelum ini, pesara berusia 69 tahun itu juga telah mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital tempatan namun mendapati perubahan yang tidak ketara.



Menurut Encik Ahmad, beliau telah mengalami beberapa insiden yang menyebabkannya terjatuh ketika bekerja sebagai atendan pam minyak kerana lantai licin.



Beliau berkata kaki dan badannya mula berasa sakit. Pada mulanya beliau ke klinik untuk dapatkan rawatan namun sakitnya kekal dan beliau dinasihati agar menjalani pembedahan yang perlukan $40,000.



"Secara jujur, saya okay dengan pembedahan itu namun setelah diberitahu bahawa ia tetap tidak dapat jamin kakinya sembuh, saya berasa teragak-agak untuk jalani pembedahan.



"Jika wang sebanyak itu tidak boleh jamin kaki sembuh saya terpaksa tolak pembedahan itu," singkap Encik Ahmad apabila ditemui Berita Harian (BH) baru-baru ini.



"Terpaksalah saya mencari cara lain dan waktu itu ramai rakan kerja Cina menyarankan mencuba TCM. Selepas mencuba Alhamdulillah rasa sakit berkurangan dan hingga hari ini masih lagi boleh berjalan," cerita bapa dua anak itu.



"Kededua lutut pada waktu itu masih sakit dan ramai rakan kerja mengesyorkan cuba doktor Cina. Saya pun turut nasihat mereka," kata beliau yang kemudian menceritakan bahawa isterinya telah meninggal pada 2009 akibat barah buah dada.



Selama lima tahun, Encik Ahmad telah ke Institusi Perubatan Sian Chay di Marsiling Drive bagi mendapatkan rawatan sekurang-kurangnya sebulan sekali.



Berdasarkan sakit yang dialami atau analisis doktor, setiap kunjungan berlainan rawatannya, katanya.



"Mereka akan periksa dan kemudian akan beritahu jika perlu urut, bekam ataupun akupunktur," jelas Encik Ahmad.



"Saya bersyukur dapat rawatan di sini kerana hingga sekarang saya masih boleh berjalan. Dapat rasakan lebih tenaga untuk berjalan dan dapat mengelak menggunakan kerusi roda. Banyak perubahan dan kebaikan saya perolehi," tambah beliau.



Encik Ahmad berkata bahawa beliau sering menasihati rakan Melayunya yang lain untuk mendapatkan rawatan TCM yang bersesuaian di samping rawatan doktor.



Beliau yakin akan rawatan TCM kerana dapat melihat perubahan pada kaki dan juga kesihatannya.



"Saya rasa kita tidak usah takut akan jarum atau takut keluarkan duit, sebab di sini warga emas juga ada menerima lebih subsidi," kata Encik Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >