Memang perjalanan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat bukan mudah dan memerlukan azam serta disiplin yang kuat. Namun, bagi mereka yang mempunyai azam tahun baru mahu mengubah gaya hidup mereka terdapat beberapa program yang boleh membantu, antaranya adalah program percuma 12 minggu anjuran Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB). Wartawan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) menemu ramah dua bekas peserta yang berkongsi pengalaman mereka.
BELIAU akui kurang selesa dengan berat badannya dahulu dan berasa dirinya "gemuk dan buncit".