NAHAS NGERI DEKAT BAZAR RAMADAN DI JURONG WEST
Saksi dakwa lihat mangsa dilanggar kereta dipandu laju
Jun 10, 2016 | 05:30 AM
KERETA memecut laju hingga melanggar Allahyarhamha Siti Nurfadariiyah Rosdi, 21 tahun, dan akibatnya mangsa tercampak beberapa meter ke jalan raya bertentangan.
Begitulah gambaran yang diberikan beberapa saksi dalam kemalangan ngeri di simpang lampu isyarat antara Jurong West Avenue 1 dengan Jurong West Street 41 Selasa lalu.