KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI
Saksi: Setiap tindakan dirunding dengan Saharuddin, Ghani
Jul 19, 2016 | 05:30 AM
BEKAS pengurus Majlis Pusat, Gazaly Malek, menyatakan setiap tindakan yang diambilnya berhubung projek lampu raya perlu dirunding bersama bekas presiden Majlis Pusat, Saharuddin Kassim, dan bekas setiausaha kewangan pertubuhan itu, Abdul Ghani Tahir.
Gazaly berkata dia tidak pernah bertindak sendirian dan sebaliknya perlu sentiasa berunding dengan kededua tertuduh.