Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saktiandi saran gaji pekerja barisan hadapan dinaikkan

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) menyarankan agar gaji pekerja barisan hadapan dinaikkan, tanpa mengambil kira sama ada mereka pekerja bergaji rendah atau bukan, kerana keluarga berpendapatan pertengahan turut memerlukan bantuan bagi mengatasi peningkatan kos sara hidup.



Ini termasuk golongan pekerja penjagaan kesihatan yang lebih luas dan juga pendidik dewasa yang merupakan individu sektor swasta yang bekerja merentas sektor awal kanak-kanak, penjagaan pelajar, universiti, institusi pendidikan swasta dan sekolah antarabangsa, dan yang diwakili oleh Kesatuan Khidmat Pendidikan (ESU) yang berkait dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Beliau berkata, sifat pekerjaan mereka bermakna pendidik dewasa ini, yang sebahagian besar berumur 35 tahun dan ke atas, adalah antara yang pertama kembali ke tempat kerja mereka sedang pandemik Covid-19 berlarutan.



"Gaji yang dinaikkan akan mengiktiraf sumbangan masyarakat mereka yang tidak ternilai dalam pandemik ini dan menyampaikan penghargaan kami kepada mereka seperti yang kita lakukan untuk jururawat kita tahun lalu," kata Encik Saktiandi, yang merupakan penasihat ESU, sambil menambah beliau sedar ada pihak yang perlu membiayai kenaikan gaji itu.



Beliau berkata, sedang ekonomi pulih daripada Covid-19 di peringkat domestik dan global, tekanan inflasi boleh dijangkakan untuk membuat harga naik.



Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dinaikkan 2 peratus pula, walaupun tetap rendah berbanding yang dikenakan banyak negara seperti Australia dan United Kingdom, masih merupakan peningkatan harga yang ketara bagi warga Singapura biasa, dan kebimbangan mereka difahami, kata Encik Saktiandi.



Walaupun terdapat Pakej Jaminan bagi membantu isi rumah menampung perbelanjaan GST tambahan bagi lima hingga 10 tahun akan datang, bantuan itu tidak boleh berhenti di situ, tambahnya.



"Bagi membantu warga Singapura menangani kos sara hidup yang meningkat dalam cara yang mampan, kita mesti memberi tumpuan kepada menaikkan gaji mereka," kata Encik Saktiandi yang menukil data Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bahawa pertumbuhan sebenar dalam pendapatan bulanan kasar median penduduk yang bekerja sepenuh masa telah menjadi perlahan dalam tempoh lima tahun lalu.



"Sedang saya gembira mendengar yang kita akan mempertingkatkan pekerja bergaji lebih rendah dengan memperluaskan Model Gaji Progresif kepada pegawai keselamatan, pemandu dan pekerja dalam sektor perkhidmatan makanan dan runcit, apakah yang kita lakukan untuk meningkatkan gaji pekerja berpendapatan pertengahan kita?" tambahnya.



Selain saranan peningkatan gaji untuk pekerja barisan hadapan, Encik Saktiandi juga menyarankan agar cukai pendapatan peribadi dinilai berdasarkan gaji yang diperolehi dalam tahun semasa.




SOKONGAN BAGI PEKERJA



PEKERJA BERGAJI RENDAH



- Skim Kredit Gaji Progresif untuk biaya bersama kenaikan gaji pekerja

- Perluas Model Gaji Progresif (PWM) kepada sektor runcit, khidmat makanan, dan pengurusan sisa

- Syarikat gajikan pekerja asing perlu bayar pekerja tempatan sekurang-kurangnya Gaji Kelayakan Setempat (LQS) $1,400 sebulan

- Pertingkat skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) mulai Jan 2023:



* Bayaran tahunan maksimum lebih tinggi $2,100 - $4,200

* Had pendapatan yang layak naik kepada $2,500 sebulan

* Lanjutkan kepada pekerja berusia 30-34 tahun



PEKERJA PERTENGAHAN KERJAYA



- Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture sediakan kursus latihan bersubsidi tinggi, bermutu tinggi dan bertumpukan industri

- Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited

- Penempatan di Syarikat untuk pekerja matang: 4-6 bulan penempatan sepenuh masa dengan elaun sehingga $3,800 sebulan



PEKERJA LANJUT USIA



- Naikkan Jumlah Persaraan Asas (BRS) CPF 3.5% setahun bagi setiap kumpulan ahli CPF yang capai usia 55 tahun dari 2023 hingga 2027

- Teruskan kenaikan seterusnya bagi kadar sumbangan CPF untuk pekerja berusia 55 hingga 70 tahun pada 2023



PENYESUAIAN DASAR PEKERJA ASING



- Gaji kelayakan minimum pemohon Pas Pekerjaan (EP) naik kepada $5,000; $5,500 bagi khidmat kewangan.

- Gaji kelayakan minimum pemohon Pas S naik kepada $3,000; $3,500 bagi khidmat kewangan.

- Bagi pemegang permit kerja sektor binaan dan pemprosesan, Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) dikurangkan dari 1:7 kepada 1:5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >