Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah guna minyak gas bernilai $49.1j: Bekas pekerja Shell mengaku salah

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SEORANG bekas pekerja syarikat gergasi minyak Shell Eastern Petroleum semalam mengaku terlibat dalam konspirasi untuk menyalahgunakan minyak gas bernilai kira-kira AS$36.1 juta ($49.1 juta).



Rakyat India Sadagopan Premnath, 40 tahun, mengaku bersalah atas empat tuduhan berkomplot untuk menyalahgunakan minyak gas dari syarikat itu. Lima tuduhan serupa yang lain akan dipertimbangkan semasa dijatuhkan hukuman.



Sadagopan menerima AS$150,000 kerana penglibatannya dalam komplot itu dan belum membuat penggantian kepada Shell, lapor akhbar The Straits Times.



Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Christopher Ong menggambarkan skim itu sebagai "konspirasi jangka panjang dan berskala besar untuk menyalahgunakan minyak gas dari pusat pengeluaran Shell Pulau Bukom."



Mahkamah diberitahu bahawa konspirasi itu berlaku dalam dua tempoh antara 2007 dan 2018, di mana minyak gas diambil dari kilang Shell di Pulau Bukom, pusat pengeluaran dan eksport petrokimia terbesar di wilayah Asia-Pasifik.



Sadagopan terlibat dalam skim ini antara 2017 dan 2018.



Dia mula bekerja dengan Shell sekitar 2012 dan tugasnya termasuk membuka atau menutup injap besar secara manual, atau mengendalikan panel kawalan minyak hitam yang secara digital mengawal pergerakan injap.



Gaji asasnya adalah sekitar $2,400 sebulan, dan $ 3,400 dengan elaun kerja giliran. Dengan kerja lembur, dia dibayar sekitar $4,000 setiap bulan.



Dia mempunyai enam rakan subahat yang bekerja di Shell Pulau Bukom dan merupakan sebahagian daripada pasukan kerjanya.



Mereka menyasarkan kapal yang mempunyai kapten dari Vietnam dan Greece untuk melakukan perdagangan minyak secara haram.



Salah seorang rakan konspirasi, Juandi Pungot, berkata memang sudah menjadi ketahuan ramai dalam industri mudah mendapatkan kerjasama orang-orang yang mahu melakukan perdagangan minyak secara haram.



Menurut dokumen mahkamah, peranan utama Sadagopan adalah membuka atau menutup injap yang diperlukan menggunakan panel minyak hitam, seperti yang diarahkan oleh rakan-rakannya.



Pada mulanya, dia akan diberitahu oleh mereka yang lebih senior untuk mengalihkan diri daripada panel dan membiarkan salah seorang daripada mereka mengambil alih kawalan.



Akhirnya, dia mengendalikan panel berdasarkan arahan daripada rakan konspirasi lebih senior, yang memberitahunya bila harus membuka dan menutup injap untuk mengelak daripada dikesan.



Kumpulan ini dapat mengelakkan diri daripada dikesan untuk sekian lama melalui beberapa langkah.



Sebagai contoh, mereka mengatur aliran minyak gas yang disalahgunakan melalui laluan yang dirancang dengan teliti dan memastikan banyak pam dan tangki bergerak pada masa yang sama, termasuk pemindahan tangki ke tangki yang tidak diperlukan. Mereka juga mengalihkan produksi minyak gas ke tangki yang sama dengan yang mereka ambil, dan mengatur waktu penyelewengan dengan memuatkan minyak gas yang sah agar tidak menimbulkan kecurigaan.



Menurut dokumen mahkamah, Sadagopan tidak tahu siapa yang membeli minyak gas yang disalahgunakan.



Dia akan kembali ke mahkamah untuk migitasi dan hukuman pada 18 Februari.



Bagi setiap pertuduhan pecah amanah, pesalah boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >