Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Salah laku seks atas 5 budak perempuan: Remaja diarah jalani latihan pemulihan

Jul 14, 2022 | 05:30 AM

SEORANG remaja di sini baru berusia 16 tahun apabila dia berjaya meyakinkan seorang rakan sekelasnya, seorang budak perempuan berusia 14 tahun, untuk menghantar gambar bogelnya yang kemudian digunakannya untuk mengancam akan menyebarkannya kepada orang lain.

Menyusuli kejadian itu, remaja tersebut, yang kini berusia 18 tahun, melakukan pelbagai kesalahan jenayah lain dan menyasarkan empat lagi budak perempuan bawah umur, termasuk dengan mencabul kehormatan mereka dan mengadakan seks dengan mereka.

Dia dilepaskan dengan ikat jamin tahun lalu namun ketika itu, dia juga terlibat dalam satu pergaduhan di Woodlands.

Semalam, belia itu diarah menjalani latihan reformatif selama sekurang-kurangnya setahun.

Sepanjang tempoh itu, dia akan ditahan di sebuah pusat dan perlu mengikut rejim yang ketat termasuk sesi kaunseling dan latihan berbaris.

Identitinya tidak boleh didedahkan kerana dia berusia bawah 18 tahun ketika melakukan beberapa kesalahan itu.

Remaja tersebut mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan penetrasi seksual terhadap budak bawah umur dan dua tuduhan mengganggu keamanan awam dengan bergaduh.

Dia juga mengaku bersalah terhadap satu tuduhan mencabul kehormatan.

Tujuh lagi tuduhan yang dihadapinya dipertimbang mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.

Remaja itu mula menyasarkan rakan sekelasnya antara Oktober dengan Disember 2019.

Pada 10 Mac 2020, rakan sekelasnya itu telah pergi ke Pusat Polis Kejiranan (NPC) Woodlands East dan memberitahu pegawai polis bahawa remaja itu meminta beliau memberinya lebih banyak gambar eksplisit dirinya.

Menurut budak perempuan 14 tahun itu, remaja itu akan melakukan sesuatu kepada gambar yang diberikan beliau kepadanya sebelum itu jika beliau tidak menuruti permintaannya.

Selepas itu, penyiasat mendapati video seorang lagi budak perempuan berusia 15 tahun sedang melakukan perbuatan seksual pada remaja itu dalam telefon bimbitnya.

Siasatan menunjukkan bahawa antara Januari dengan Mac 2020, mangsa kedua itu telah menerima mesej daripada remaja tersebut menerusi Instagram dan mereka mula berbual.

Meskipun remaja itu tahu berapa umurnya, dia tetap mengundangnya ke rumahnya dan meminta beliau melakukan perbuatan seksual pada dirinya.

Menurut dokumen mahkamah, tiga lagi budak perempuan berumur antara 13 dengan 15 tahun turut menjadi mangsanya.

Dia melakukan penetrasi seksual terhadap salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun dan mencabul kehormatan seorang lagi daripada mereka yang berusia 15 tahun.

Dalam pada itu, remaja tersebut juga terlibat dalam dua pergaduhan.

Bagi setiap tuduhan melakukan penetrasi seksual terhadap budak bawah umur, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3