Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah laku seksual: MOE buat susulan jamin keselamatan pelajar

Oct 26, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan sedang membuat susulan dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) serta universiti lain untuk memastikan keselamatan pelajar, setelah pemecatan bekas pensyarah Kolej Tembusu di NUS, Dr Jeremy Fernando, di tengah-tengah tuduhan salah laku seksual.



Dalam satu pos Facebook kelmarin, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling berkata kepimpinan universiti itu telah ditanya apa yang boleh dilakukan lebih untuk mencegah kejadian sebegitu daripada berlaku pada masa akan datang.



"Di akhirnya, institut pengajian tinggi (IHL) kita mempunyai kewajipan menjaga pelajarnya. Harus untuk mempunyai toleransi sifar dalam kampus kita bagi sebarang bentuk keganasan, gangguan atau salah laku seksual," tulisnya.



Dr Fernando dipecat dari NUS pada 7 Oktober setelah siasatan dalaman mendapati beliau telah mempunyai hubungan intim dengan seorang mahasiswi.



Menurut NUS, ini satu perbuatan serius melanggar kod tatalaku bagi kakitangannya.



Sebelum ini, salah seorang pelajar wanita mendakwa Dr Fernando mencium, meraba dan melakukan seks oral dengannya tanpa izin semasa beliau mabuk.



Sementara itu, seorang lagi pelajar wanita pula mendakwa Dr Fernando cuba menyentuh dan menciumnya.



NUS telah membuat laporan polis.



Cik Sun berkata: "Isu yang mengelilingi kes ini membawa kita kepada soalan: Bagaimana kita boleh melindungi daripada pendidik dan individu lain yang melampaui batas dengan lebih baik, dan bagaimana kita boleh secara kolektif memperkukuh keselamatan kampus?"



Beliau menambah bahawa MOE akan terus bekerjasama dengan rapat bersama semua IHL untuk memperketat proses di mana ia perlu dan memastikan keselamatan masyarakat pelajar sepanjang masa.



Memberi respon kepada pos Facebook itu dalam satu komen, dekan pelajar di NUS Leong Ching menjelaskan bahawa apabila beliau mengakui universiti itu sepatutnya menangani isu itu dengan lebih baik sewaktu sidang media Jumaat lalu, beliau merujuk kepada keputusan universiti itu yang disampaikan kurang tepat pada waktunya.



"Saya tidak merujuk kepada respons kami terhadap aduan itu, yang pertamanya, untuk menyediakan penjagaan dan sokongan segera kepada pelajar yang terlibat; kedua untuk dengan segera menggantung dan kemudian terus memecat kakitangan itu, semuanya dalam hanya sebulan. Saya percaya ini yang paling cepat dan cekap yang mungkin, sementara memastikan layanan adil.



"Dengan hormat, menteri, inilah bagaimana toleransi sifar kelihatan," tulis Profesor Madya Leong.



Dr Jeremy Fernando telah meminta maaf atas kebimbangan berkaitan tuduhan salah laku seksual terhadapnya.



Beliau juga berkata beliau telah memfailkan laporan polis mengenai aspek berkaitan situasi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >