Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah maklumat antara punca masih ada tak ambil vaksin Covid-19

Dalam perang pandemik, pihak berkuasa hadapi cabaran perang penularan maklumat salah
Oct 23, 2021 | 05:30 AM



SALAH maklumat mengenai Covid-19, terutama dalam kalangan teman dan saudara-mara, boleh menyumbang kepada pendirian sesetengah warga tua dan orang dewasa yang masih enggan mendapatkan vaksinasi Covid-19, kata doktor yang dihubungi Berita Harian.



Meskipun telah menekankan banyak kali tentang pentingnya mengambil vaksin, masih terdapat segelintir orang yang belum melakukannya, kata seorang doktor keluarga daripada Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina.



"Ada kalanya warga tua belum mengambil suntikan vaksin bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana mengharapkan anak mereka membuat keputusan buat mereka.



"Dan ada kalanya anak mereka berpendapat lebih baik ibu bapa mereka yang sudah tua tidak mengambil vaksin, kerana khuatir ia akan mendatangkan mudarat sebab usia mereka yang sudah lanjut," katanya.



Justeru, sebagai seorang doktor, kata Dr Elly, beliau akan cuba memperkasa warga emas supaya mengambil langkah dengan pergi ke pusat vaksinasi sendiri.



"Ada juga yang anak mereka bekerja dan tidak sempat untuk menghantar mereka ke pusat vaksinasi, maka ini yang melambatkan proses mereka divaksinasi," tambah Dr Elly.



Selain itu, Dr Elly berkata terdapat warga muda yang masih menyuarakan keraguan mereka terhadap vaksin tersebut.



Misalnya, beliau mempunyai seorang pesakit berusia dalam lingkungan 30-an tahun yang bertanya kepadanya apakah beliau boleh mengambil vaksin Covid-19 memandang beliau mempunyai alahan pada panadol.



"Mungkin masalah maklumat salah ini masih lagi berleluasa atau mungkin peraturan berhubung vaksinasi yang sebelum ini kerap berubah membuat ada orang yang tidak dapat memahaminya dengan baik," katanya lagi.



Pakar penyakit berjangkit Dr Leong Hoe Nam berkata maklumat salah yang berleluasa dan perbincangan di alam maya tentang vaksin menimbulkan masalah.



"Ini tidak sihat bagi penduduk umum," kata beliau, yang bertugas di Rophi Clinic di Mount Elizabeth Novena.



Baru-baru ini, beberapa laman dan kumpulan sembang dalam talian mengesyorkan penggunaan ubat alternatif sebagai cara mencegah jangkitan Covid-19 atau merawat gejalanya.



Awal bulan ini, laman Healing The Divide - yang mempunyai sekitar 3,000 anggota - dikritik kerana mencadangkan orang ramai membanjiri talian National Care Hotline.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga menolak dakwaan palsu oleh laman web tempatan Truth Warriors bahawa dadah antiparasit Ivermectin selamat dan berkesan bagi merawat Covid-19.



Menyangkal dakwaan Truth Warriors, MOH berkata Ivermectin ubat terdaftar yang hanya diberikan preskripsi bagi rawatan berkaitan jangkitan ulat parasitik dan tidak diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk kegunaan dalam perlindungan atau rawatan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >