Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah terima dos di poliklinik: 86 daripada 117 telah terima dos pengganti

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 70 peratus, atau sekitar 86 daripada 117 orang yang menerima dos vaksin Covid-19 yang salah di Poliklinik Bukit Merah telah menerima dos pengganti sehingga 4.30 petang semalam, kata Ketua Pegawai Eksekutif SingHealth Polyclinics, Dr Adrian Ee.



SingHealth Polyclinics sebelum ini berkata bahawa terdapat kesilapan dalam pemberian vaksin yang mengakibatkan enam kakitangan dan 111 pesakit menerima dos vaksin Covid-19 yang jauh lebih rendah.



Kumpulan itu menerima dos vaksin yang hanya sekitar satu persepuluh daripada dos biasa.



Berdasarkan garis panduan vaksinasi semasa oleh Kementerian Kesihatan (MOH), pengurangan dos ini tidak mungkin menyebabkan sebarang reaksi buruk, dan secara klinikal selamat bagi mereka yang terjejas untuk mendapatkan dos vaksin yang digantikan.



Kesalahan itu, yang dikesan pada 22 Oktober, berikutan kesilapan dalam mengenal pasti tanda pada jarum suntik baru.



Dr Ee berkata semalam bahawa jarum suntik baru telah diperkenalkan ke klinik pada 20 Oktober, lapor The Straits Times. Pesakit diberi dos salah pada 20 hingga 22 Oktober.



Namun Dr Ee tidak menjawab pertanyaan mengenai mengapa jarum suntik baru digunakan, perlindungan tambahan semasa kejadian itu, atau sekiranya poliklinik yang lain turut menggunakan jarum suntikan yang sama.



"Langkah-langkah segera diambil untuk membaiki kesalahan, dan kakitangan telah diingatkan lagi tentang penggunaan jarum suntik baru yang tepat untuk memberikan vaksin Covid-19," kata Dr Ee.



Beliau menambah bahawa semua pesakit yang terjejas telah dihubungi dan sudah mengaturkan agar mereka dapat menerima dos pengganti secepat mungkin.



Dr Ee berkata proses kerja telah disemak secara menyeluruh sejak kejadian itu, yang merupakan kejadian terpencil.



Menurut beliau, semua vaksinasi dan perkhidmatan lain di poliklinik SingHealth tidak terjejas, dan semua pesakit yang mengunjungi Poliklinik Bukit Merah untuk vaksinasi Covid-19 mereka pada hari-hari lain tidak terjejas dengan kejadian itu.



"Menyusuli kejadian itu, kami telah menyemak dengan teliti proses kami, dan akan memastikan bahawa kakitangan sudah biasa dengan penggunaan peralatan baru untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi di poliklinik kami," ujar Dr Ee.



Ini bukan kali pertama pesakit diberikan dos vaksin Covid-19 yang salah di Singapura.



Pada Januari lalu, seorang kakitangan Pusat Mata Nasional Singapura diberi lima dos vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 manakala pada Jun pula, seorang remaja 16 tahun diberikan dos vaksin Moderna sedangkan ia belum diluluskan untuk mereka di bawah 18 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >