Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Salam Singapore' himpun keluarga dalam suasana muhibah, berteras pendidikan, gaya hidup sihat

Sep 09, 2018 | 05:30 AM



BAGAIKAN satu keramaian yang menghimpunkan keluarga dalam suasana muhibah lagi berteraskan pendidikan dan gaya hidup sihat.



Begitulah kemeriahan yang dirasakan di pesta masyarakat Salam Singapore yang dianjurkan sempena sambutan Jubli Emas, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Our Tampines Hub (OTH) sejak kelmarin.



Pesta tiga hari itu turut diwarnai acara Fiesta Keluarga Masjid 2018 dan Sesi Sembang Masyarakat, semalam.



Sesi sembang itu pula melibatkan perkongsian pengalaman individu pencetus inspirasi seperti olahragawan Team Singapore, ahli sukan istimewa, pemimpin badan kemasyarakatan dan pemerkasaan belia, Youth Corps Singapore dan sukarelawan masyarakat.



Awal pagi lagi, lebih 5,000 kakitangan, aktivis sukarela masjid dan keluarga mereka sudah berhimpun di OTH bagi menyambut Fiesta Keluarga Masjid. Kali pertama Hari Keluarga Masjid diraikan dua tahun lalu.



Tema sambutan fiesta kali ini ialah 'Masjid Kita - Nadi Masyarakat' yang menekankan peranan penting kakitangan masjid dan sukarelawan.



Fiesta itu juga memperkukuh usaha masjid dalam pembangunan masyarakat sambil memberi respons pada keperluan orang ramai yang berubah.



Antara tarikan fiesta semalam ialah upacara memalu kentung dan beduk selama dua jam, 50 minit. Pencapaian itu dirakam bagi Rekod Guinness Singapura.



Beduk dan kentung merupakan lambang semangat kampung selain menjadi wadah komunikasi sebagai isyarat panggilan bersolat atau pada waktu krisis dan darurat.



Menerusi sesi perkongsian yang menggunakan format 'Pustaka Kemanusiaan', individu yang terlibat berkongsi kisah cabaran dan pencapaian masing-masing.



Mahasiswa perubatan tahun akhir di Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Amalina Ridzuan, yang terlibat dalam sesi ini, berkata:



"Saya berkongsi kisah tentang pendidikan madrasah yang saya lalui, impian dan cabaran yang saya hadapi dan bagaimana saya akhirnya mengambil kursus perubatan.



"Formatnya seperti perbualan dan bukan perkongsian satu hala."



Salam Singapore melabuhkan tirainya hari ini.



Wartawan Berita Harian juga turun padang di reruai akhbar ini di OTH bagi menggalak pembaca menggunakan wadah digital akhbar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >