Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertemuan Nurul Izzah dan Khairy cetus perbincangan hangat di media sosial M’sia

Dec 19, 2018 | 03:30 PM



PETALING JAYA: Gambar yang menunjukkan Cik Nurul Izzah Anwar, anak perempuan bakal perdana menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, duduk semeja dengan seteru politik dan bekas ketua Pemuda Umno Encik Khairy Jamaluddin telah mencetus perbincangan rancak di media sosial negara itu.



Cik Nurul Izzah dan Encik Khairy sedang berkongsi meja dengan Encik Rafizi Ramli, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) - yang turut dianggotai Cik Nurul Izzah - di sebuah kafe di Bangsar, Kuala Lumpur, menurut laporan akhbar The Star.



Gambar itu dikongsi di Instagram oleh Encik Khairy, 42 tahun.



Awal minggu ini, Cik Nurul Izzah mengejutkan sebahagian rakyat Malaysia dan pemerhati politik apabila beliau mengumumkan, secara mendadak, keputusannya untuk meletak jawatan sebagai naib presiden kanan PKR.Cik Nurul Izzah, Anggota Parlimen (AP) tiga penggal dari Permatang Pauh di Penang itu, tidak memberi sebarang sebab atas peletakan jawatan itu. Namun, beliau dilihat berada dalam keadaan terganggu di konvensyen PKR November lalu, selepa pilihan raya dalaman yang dianggap memecah belahkan.



Di pilihan raya parti itu, Encik Rafizi, yang diketahui ramai disokong Cik Nurul Izzah dan Datuk Seri Anwar, ditewaskan oleh Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden PKR.



Selepas meletak jawatan, Cik Nurul Izzah telah mengucapkan terima kasih kepada kededua Encik Rafizi dan Encik Khairy kerana sokongan yang diberikan kepadanya. Beliau juga berpegang kepada pendirian bahawa Encik Rafizi ialah calon terbaik sebagai timbalan presiden PKR.



Encik Rafizi, menulis di Twitter, berkata: “Beliau (Cik Nurul Izzah) tidak mengundur diri dari politik. Saya menganggapnya (keputusan untuk meletak jawatan) sebagai keputusan untuk berpegang kepada idealisme pergelutan dalam kekeliruan politik.”



Menurut The Star, Cik Nurul Izzah juga mengucap terima kasih kepada Encik Khairy di Twitter, selepas Encik Khairy memuji beliau sebagai AP contoh dan seteru berwibawa.



“Terima kasih YB Khairy Jamaluddin. Anda memberi inspirasi dari bangku bersetentangan sejak 2008. Saya tidak dapat membayangkan Malaysia tanpa pengaruh politk anda.”



“Saya menyokong anda, walau kini sekadar AP sahaja, tetapi tetap menyokong,” kata Cik Nurul Izzah.

Encik Khairy berkata adalah satu kerugian jika Cik Nurul Izzah tidak kembali ke barisan depan politik.



“Saya pasti, apabila negara ini akhirnya bersedia menerima perubahan generasi dalam politik, @n_izzah akan kembali,” kata Encik Khairy, di Twitter. “@n_izzah ialah nama yang digunakan Cik Nurul Izzah di Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >