Saling percaya penting demi tangani ancaman kelautan: Maliki
May 15, 2019 | 05:30 AM
KEPERCAYAAN antara pemegang kepentingan global merupakan ciri terpenting dalam menangani ancaman kelautan merentasi sempadan.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, menekankan peri pentingnya membina keyakinan dalam kalangan anggota ketika berucap di Pameran dan Konvensyen Pertahanan Maritim ke-12 (Imdex) semalam.