Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salleh kecewa, tapi akan terus sumbang kepada masyarakat

Sep 11, 2017 | 08:07 PM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Mohamed Salleh Marican, tidak menolak kemungkinan menyuarakan hasrat mahu bertanding sekali lagi dalam Pilihan Raya Presiden pada masa depan.



Ini jika beliau dapat memenuhi kriteria bagi calon daripada sektor swasta dituntut berpengalaman dalam mengendalikan syarikat dengan ekuiti pemegang saham $500 juta dalam masa enam tahun mendatang.



“Saya harap dalam enam tahun ini, saya boleh besarkan syarikat saya kepada tahap lebih tinggi iaitu pada tahap ekuiti pemegang saham $500 juta dan saya akan cuba sekali lagi. Saya akan beri diri saya harapan kedua,” kata beliau.



Ekuiti pemegang saham Second Chance Properties dalam tempoh tiga tahun terkini adalah antara $254.3 juta dengan $263.25 juta – lebih rendah daripada kriteria itu.



Walaupun kecewa beliau tidak layak bertanding, Encik Salleh berkata beliau akan terus menyumbang kepada negara dan masyarakat dalam cara yang lain.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >