Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salur lebih banyak sumber cegah diabetes: Poh Li San

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



SALURKAN lebih banyak sumber untuk menyesuaikan langkah kesihatan dan pencegahan penyakit kepada pelbagai kumpulan etnik, kata Cik Poh Li San (GRC Sembawang).



"Mungkin terdapat perbezaan genetik, diet dan gaya hidup yang perlu ditangani secara khusus untuk menyasarkan masalah ini dengan lebih berkesan," katanya semasa berucap dalam bahasa Melayu di Parlimen semalam.



Menyertai perbahasan belanjawan, Cik Poh menarik perhatian sejak pemerintah mengisytiharkan "Perang terhadap Diabetes" pada 2016, bilangan penduduk yang menghidap diabetes ialah 9.5 peratus pada 2019, meningkat daripada 8.6 peratus pada 2016.



Bilangan yang menghidap penyakit itu adalah lebih tinggi dalam kalangan orang Melayu (14.4 peratus) dan India (14.2 peratus), berbanding orang Cina (8.2%).



"Dengan populasi yang semakin menua, amat penting bagi kita mendapatkan semua rakyat Singapura penjagaan kesihatan pencegahan awal untuk mengharungi gelombang 'tsunami' warga emas.



"Hala tuju yang betul adalah untuk merancang ke hadapan untuk jangka panjang, dengan mengalihkan perbelanjaan ke arah penjagaan kesihatan pencegahan dan berasaskan masyarakat," ujar Cik Poh.



Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh isu pembayaran cukai oleh oleh golongan lebih berkemampuan.



Beliau berkata kebanyakan warga Singapura yang berpendapatan tinggi bersetuju keadaan di Singapura yang mesra perniagaan telah membantu mereka untuk berjaya, dan ada juga yang menyokong cukai lebih tinggi bagi menyokong perbelanjaan sosial lebih tinggi.



"Mereka memahami perubahan kepada sistem cukai adalah perlu demi kemampanan dan kestabilan prasarana Singapura, dasar kondusif, persekitaran yang selamat dan prasarana digital yang dibangunkan dengan baik," kata Cik Poh.



Beliau akur sesetengah individu berpendapatan tinggi mungkin berasa mereka telah bekerja keras untuk kejayaan mereka dan adalah tidak adil bagi mereka untuk berkongsi pendapatan mereka dengan orang lain yang mungkin tidak bekerja keras.



"Saya bersetuju tiada perkara yang benar-benar adil. Bagaimanapun, adalah penting untuk memupuk pemikiran bahawa mereka yang mampu membayar cukai lebih tinggi perlu berbuat demikian," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >