Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saluran vaksinasi bagi warga SG di luar negara akan digantung

Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SALURAN vaksinasi untuk warga Singapura di luar negara akan digantung dan mereka yang telah mendaftar untuk vaksinasi itu tetapi masih belum kembali ke Singapura mesti berbuat demikian selewat-lewatnya menjelang 31 Mac.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata langkah itu adalah memandangkan akses kepada vaksin Covid-19 di seluruh dunia yang dipertingkat dan pelonggaran langkah sempadan baru-baru ini.



Saluran vaksinasi telah dilancarkan pada September tahun lalu untuk memudahkan warga Singapura di luar negara pulang ke Singapura untuk mendapatkan vaksin Covid-19 mereka.



"Sejak itu, akses warga Singapura di luar negara kepada vaksin Covid-19 di negara tempat tinggal mereka telah bertambah baik dan kami telah melihat penurunan dalam bilangan pendaftaran untuk saluran vaksinasi dalam beberapa bulan kebelakangan ini," kata kenyataan itu.



Warga Singapura yang tinggal di luar negara yang telah menerima dua dos vaksin mereka boleh kembali ke Singapura melalui Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) untuk menerima dos penggalak mereka tanpa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Tempoh SHN untuk pengunjung yang tidak divaksin juga telah dipendekkan kepada tujuh hari, dan mereka kini boleh menjalani SHN di tempat kediaman yang dipilih dan bukannya di hotel yang dikhususkan.



Selepas penggantungan saluran vaksinasi, warga Singapura yang tinggal di luar negara yang ingin menerima vaksin di Singapura boleh berbuat demikian di pusat vaksinasi selepas menamatkan SHN mereka, jika perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >