Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Salutan muka bangunan blok HDB di Pasir Ris terjatuh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Salutan muka bangunan blok HDB di Pasir Ris terjatuh

Jun 18, 2018 | 04:26 PM

SEBAHAGIAN salutan hiasan pada muka bangunan sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Pasir Ris terjatuh dari tingkat atas ke bawah hari ini (18 Jun).

Menerusi laman Facebook beliau, Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, berkata beliau dimaklumkan tentang kejadian di Blok 270 Pasir Ris Street 21 itu.

“Tempat kejadian telah dikepung dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Polis dan (pihak) Majlis Bandaran... serta jabatan teknikal HDB sudah pun berada di tempat kejadian,” kata Encik Zainal.

Tambahnya, punca kejadian itu sedang disiasat.

Awal dari itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ye Ruoshi turut memuat naik gambar di laman Facebook beliau yang menunjukkan sebahagian salutan pada muka bangunan blok berkenaan terlepas dan berada di tingkat bawah blok itu.

“Pada mulanya kami ingatkan bunyi guruh... tetapi tidak macam guruh.

“Kemudian, jiran kami menunjuk ke arah (blok itu) dan kami melihat sebahagian salutan pada muka bangunan itu telah pun terjatuh dari atas ke bawah dan pecah di kolong blok,” ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3