Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salvation Army terima banyak derma barangan jelang musim perayaan

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



PUSAT pengumpulan barangan terpakai The Salvation Army di seluruh pulau telah dipenuhi dengan beg berisi barangan, sedang sumbangan derma meningkat semasa musim perayaan.



Pertubuhan itu lazimnya menerima sehingga 10 tan sumbangan berbentuk barangan setiap hari, dan jumlah itu naik tiga kali semasa Disember, kata pengurus besar Red Shield Industries Encik Paul Chay kepada The Straits Times (ST) kelmarin.



Jumlah pungutan tahun ini juga meningkat 24 peratus berbanding tahun lalu dan jumlah tertinggi sejak 2016, tambah beliau.



Lebih banyak tenaga kerja turut diperlukan semasa tempoh ini untuk memproses derma.



Red Shield Industries ialah cabang perusahaan sosial The Salvation Army, yang memproses barangan yang diderma dan menjual mereka yang berada dalam keadaan baik di kedai keluarga badan amal itu yang terletak di serata Singapura.



Encik Chay berkata pertubuhan itu menghargai usaha dan kemurahan hati penderma yang berusaha menyumbang barangan dalam keadaan baik yang boleh dipakai semula dan dapat dijual.



"Kami cuba menggunakan sepenuhnya setiap barangan yang diderma. Bagi mereka yang tidak memenuhi standard, bahagian yang dapat dikitar semula akan diselamatkan dan selebihnya akan dibuang," katanya.



Beliau menambah:



"Kami menggalak penderma menyumbang barangan dalam keadaan baik yang boleh dipakai semula dan dapat dijual."



Contohnya, apabila menderma pakaian, pastinya ia tidak kotor atau koyak.



"Soalan baik untuk bertanya diri sendiri sebelum menderma adalah sama ada rakan atau saudara anda akan membeli barang itu selepas anda menderma," kata Encik Chay.



Beliau menambah bahawa semasa musim perayaan, penderma digalak menjalankan kerja mengemas mereka seawal mungkin dan menghantar barangan yang diderma langsung ke Hab Keluarga Tanglin di 356 Tanglin Road.



Ia bukan hanya The Salvation Army - inisiatif menderma pakaian untuk usaha bantuan banjir Malaysia juga menyaksikan sambutan menggalakkan di lima tempat menghantar yang ditetapkan, memaksa penganjur Yayasan Rayuan Hadiah (Gift Appeal Foundation) untuk berhenti mengambil barang di beberapa tempat penghantaran.



Inisiatif itu berlangsung dari 22 hingga 27 Disember tetapi, menurut Encik Eddie Oz, ketua dan kontak utama dalam usaha ini, pasukan relawannya menerima banyak sumbangan pada hari pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >