Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saman Editor TOC: PM Lee beri keterangan di mahkamah

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong hadir di mahkamah semalam untuk memberi keterangan dalam tindakan samannya terhadap editor laman The Online Citizen (TOC), Encik Terry Xu.



Peguam Encik Xu, Encik Lim Tean, telah memulakan pemeriksaan balasnya terhadap Encik Lee semalam, pada hari pertama perbicaraan selama seminggu itu.



Kes itu melibatkan dakwaan yang dibuat TOC dalam satu artikel yang diterbitkan Ogos tahun lalu, bertajuk PM Lee's wife, Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members (Isteri PM Lee, Ho Ching anehnya kongsi artikel tentang memutuskan hubungan dengan anggota keluarga).



Artikel itu merujuk kepada sebuah pos Facebook oleh adik PM Lee, Dr Lee Wei Ling, yang mendakwa PM Lee telah memperdaya bapa mereka, Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, sehingga mendiang percaya rumahnya di 38 Oxley Road itu telah diwartakan pemerintah.



Artikel TOC itu, kata peguam PM Lee, mengandungi dakwaan "sensasi" yang menjejas teruk nama baiknya.



Dalam keterangannya semalam, PM Lee berkata meskipun beliau tidak mengambil tindakan guaman terhadap adik beradiknya berhubung kenyataan mereka tentang rumah itu, ini tidak bermaksud orang lain mempunyai kebebasan untuk menggunakan apa yang dikatakan untuk memfitnah Encik Lee.



Encik Lee juga berkata persengketaan keluarga berhubung rumah Oxley Road itu melibatkan satu pihak sahaja, lapor The Straits Times.



Katanya lagi, beliau dan isterinya Cik Ho Ching tidak menyimpan kebencian terhadap adiknya Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee.



Semalam, Encik Lim berkata Encik Xu tidak akan meneruskan dengan penglibatan pihak ketiga, yang menolak kemungkinan bagi Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee daripada memberi keterangan di mahkamah.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >