Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Samar diri sebagai kawan yang telah meninggal untuk ambil duit CPF-nya

CPF
Jun 22, 2016 | 10:37 AM



SEORANG hakim menegur "pelakon utama" satu penipuan yang lakonannya meyakinkan hingga memperdaya seorang pegawai Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kononnya dia orang yang disamarnya - yang bukan sahaja lebih tua, bahkan telah meninggal dunia.



Nordin Ibrahim, 44 tahun, yang berkerusi roda, dipenjara enam minggu selepas mengaku menyamar Allahyarham Yacoob Ismail, 63 tahun.



Lakonan Nordin meyakinkan pegawai CPF hingga mengesahkan langkah "Encik Yacoob" menamakan rakan sejenayah Nordin - Sufian Alwe - sebagai penerima kira-kira $52,000 dalam akaun CPF Allahyarham.



Hakim Daerah Eugene Teo, yang menolak rayuan Nordin agar didenda sahaja dan tidak dipenjara, berkata walaupun Encik Sufian pengarahnya, Nordin "pelakon utama" yang "menjalankan tugas baik bagi (penipuan) itu".



Pada 18 Jan 2013, Nordin pergi ke Pusat Perkhidmatan Lembaga CPF bersama Encik Sufian. Dia menyerahkan pasport Allahyarham, yang meninggal dunia dua hari sebelum itu di Johor Baru, tempat beliau tinggal sejak 2012.



Mereka, yang rapat dengan Allahyarham, menemui pasport itu semasa membersihkan tempat tinggal Allahyarham dan tidak memberinya kepada keluarga beliau.



Encik Sufian mencetuskan idea penipuan itu dan Nordin bersetuju menyamar sebagai Allahyarham untuk mendapatkan wang CPF beliau.



Apabila disoal oleh pegawai mengapa dia kelihatan lebih tua dalam gambar pasport, Nordin menjawab dia sakit ketika gambar itu diambil. Dia juga dapat menjawab dengan tepat beberapa soalan berkaitan Allahyarham.



Berpuas hati, pegawai itu dan seorang rakan sekerjanya menandatangani borang penamaan sebagai saksi dan memproses permohonan tersebut.



Kira-kira sebulan kemudian, Nordin dan Encik Sufian kembali ke pejabat CPF, dan Encik Sufian bertanya mengenai butiran penamaan oleh 'Encik Yacoob'.



Pegawai bertugas memeriksa dan mendapati Encik Yacoob meninggal dunia pada 16 Jan, dua hari sebelum penamaan calon palsu tersebut dibuat, dan dua orang itu ditangkap.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eunice Lim meminta Nordin dikenakan hukuman penjara, dengan berhujah ada kepentingan awam untuk memastikan institusi awam seperti CPF dilindungi oleh hukuman sesuai sebagai penghalang. Beliau menegaskan kesalahan itu jelas telah dirancang terlebih dahulu.



Peguam Nordin, Encik S.K. Kumar, berkata dia memainkan peranan "pasif" berbanding Encik Sufian dan marah kerana tidak mendapat apa-apa selepas menjaga Allahyarham kira-kira setahun setelah keluarganya meninggalkannya.



Encik Sufian, 38 tahun, telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan pada 2013.



Hakim menolak "penegasan mudah" bahawa Allahyarham tentu bersedia memberi mereka wang CPF beliau.



"Lagipun, orang mati tidak lagi ada untuk bercerita," ujar Encik Teo dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada Selasa (21 Jun).



Encik Teo berkata beliau mengurangkan sedikit hukuman penjara Nordin, dengan mengambil kira Sufian "lebih bersalah" dan Nordin "ada banyak penyakit".



Nordin sedang merayu terhadap hukuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >