Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG AIDILFITRI

Sambut Raya bersama bekas rakan kerja demi kekal persahabatan

Jun 04, 2019 | 05:30 AM



Hari Raya bukan sahaja disambut di kalangan masyarakat Melayu/Islam tetapi juga dikongsi bersama masyarakat lain berbeza agama, budaya dan bangsa. Berita Harian melaporkan kisah menarik dua insan menyambut Raya bersama yang bukan Islam di sini.



MESKIPUN sudah tidak lagi bekerja di tempat yang sama tetapi persahabatan yang terjalin begitu rapat sehingga rasa janggal jika tidak bertemu, lebih-lebih menjelang Raya ini.



Cik Saniah Amat, 62 tahun, yang pernah bekerja di Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds)Ville di Lorong Napiri dekat Hougang, sering berkongsi kuih Raya dengan bekas teman sekerjanya, Nelgin Cambay, seorang warga Filipina yang telah bekerja di sini.



Malah lebih 10 tahun, Cik Saniah, yang juga ibu kepada lima anak, tidak pernah putus-putus memberi kuih Raya kepada Cik Nelgin dan beberapa pekerja lain yang bukan Muslim di Mindsville.



Ini termasuk kuih tart, makmur, suji, dahlia dan juga cornflakes.



"Semuanya saya buat sendiri dan akan beri untuk mereka kongsi bersama. Mereka memang suka kuih dan biskut Melayu ni!" ujar Cik Saniah yang kini tidak bekerja dan sering mengundang mereka ke rumah terbukanya semasa Raya.



Menurutnya meski Cik Nelgin, 36 tahun seorang penganut Kristian, ia tidak bermakna mengongsi keriangan Raya seperti kuih-muih dan lauk-pauk perlu sahaja dikongsi dalam kalangan masyarakat Muslim itu sahaja.



"Sifat rahmah itu perlu bermula dengan kita. Melalui tindak-tanduk kita barulah masyarakat lain atau penganut agama lain akan lebih hormat dengan kita.



"Mereka juga tidak akan berpandang serong terhadap kita. Dengan cara ini, mereka juga lebih dekat pada kita," katanya lagi.



Tambahnya juga, masjid-masjid di Singapura sendiri telah menunjukkan contoh yang baik dengan mengundang mereka yang bukan Muslim untuk berbuka bersama di masjid.



Ini dilakukan dengan tujuan agar mereka faham makna di sebalik Ramadan dan Raya.



"Sebab itu kita tidak boleh menyendiri dan bersifat eksklusif. Kita perlu sebarkan rahmah itu kepada masyarakat lain mentelah kita hidup dalam sekitaran yang pelbagai bangsa, agama dan budaya di sini.



"Dengan cara ini, ia akan mengukuhkan lagi fabrik sosial kita," tambahnya.



Bagi Cik Nelgin, 34 tahun yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun dan tinggal di Filipina, mengenali Cik Saniah merupakan satu pengalaman yang baik buatnya.



"Saya dapat tahu tentang masyarakat pelbagai kaum dan agama di sini melalui Cik Saniah.



"Walaupun kami berbeza agama, tetapi kemesraan itu tetap ada. Dia bak "mami" saya di Singapura!" ujarnya lagi.




"Sifat rahmah itu perlu bermula dengan kita. Melalui tindak-tanduk kita barulah masyarakat lain atau penganut agama lain akan lebih hormat dengan kita."
- Cik Saniah Amat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >