Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Sambutan awal Muharam berskala lebih kecil

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sambutan awal Muharam berskala lebih kecil

Aug 09, 2021 | 05:30 AM

DISEBABKAN keterbatasan sekatan Covid-19, masjid-masjid di sini hanya dapat menyambut awal Muharam pada skala yang lebih kecil tahun ini.

Jika sebelum ini sambutan awal Muharam, yang merupakan permulaan tahun Islam, merupakan acara yang cukup besar dan dihadiri masyarakat Muslim di masjid-masjid setempat, kini kebanyakan kegiatan yang dirancang hanya dapat dilakukan secara dalam talian sahaja.

Masjid Darul Ghufran di Tampines misalnya, akan mengadakan tazkirah Awal Muharam secara dalam talian melalui laman Facebook dan YouTube-nya.

Tazkirah tersebut yang berjudul 'Merdekakan Jiwamu' akan disampaikan Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab pada 7.45 malam ini.

Masjid Al-Istiqamah yang terletak di Serangoon North Avenue 2 pula telah menganjurkan acara 'Sembang Muharam 1443H'.

Program dakwah itu telah disampaikan oleh Ustaz Md Farhan Nordin dan dikongsi di Facebook masjid tersebut.

Masjid Omar Salmah pula akan menganjurkan acara zikir, doa akhir tahun dan awal tahun serta tazkirah secara maya melalui Facebook Live bermula 6.30 petang ini.

Ceramah khas 'Hikmah Dalam Penghijrahan' akan disampaikan Ustaz Hidayat Ismail.

Forum majlis awal Muharam juga akan diadakan secara maya oleh Masjid Ar-Raudhah petang nanti.

Dipimpin oleh Ustaz Hanan Farihin Jasmani, forum bertajuk 'Membangun generasi yang berintegriti' itu akan disertai oleh panelis Ustazah Kalthom Muhammad Isa dan Ustaz Fadhly Rosli, bersama Ustaz Ahmad Syarif Senewi sebagai moderator.

Forum tersebut diadakan bersama-sama majlis zikir dan doa dalam talian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3