Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan baik acara mohon Surat Kuasa Berkekalan oleh Lawyers@M³

12 peguam bimbing lebih 170 hadirin secara percuma di WGS
LPA
Sep 13, 2021 | 05:30 AM



APABILA seseorang itu mencapai usia lebih lanjut, kesihatannya boleh tidak tentu, bahkan menjejas keupayaannya membuat keputusan wajar untuk diri sendiri.



Itulah yang dirasakan Encik Ramli Sarie, 44 tahun yang isterinya, Cik Nurshaerah Ibrahim, 35 tahun, menghidap epilepsi, atau sawan, dek mengalami koma sekitar tiga tahun lalu.



Beliau, seorang superintenden marin, antara lebih 170 hadirin di sebuah latihan permohonan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) anjuran Lawyers@M³ (M Kuasa Tiga) secara percuma di Wisma Geylang Serai (WGS) kelmarin.



Encik Ramli hadir bagi membuat persiapan awal dengan memohon LPA agar urusan kewangan, harta dan peribadi beliau suami isteri dapat diuruskan oleh seorang yang dipercayai jika mereka jatuh sakit.



Seramai 12 peguam daripada Lawyers@M³ membimbing hadirin yang ingin memohon LPA di acara anjuran WGS dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) itu.



LPA ialah dokumen undang-undang yang membolehkan seseorang pemberi kuasa berusia sekurang-kurangnya 21 tahun secara sukarela melantik seorang atau lebih penerima kuasa untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihaknya jika beliau kehilangan keupayaan mental.



Encik Ramli berkata beliau khuatir sekiranya isterinya diserang episod epilepsi yang boleh menjejas kesihatan mentalnya hingga sukar baginya menguruskan hal peribadinya.



"Jadi saya datang ke sini untuk menyediakan surat tersebut kerana ingin berikan kuasa dari isteri saya kepada saya untuk uruskan (hal peribadi dan kewangannya) nanti. Ini bagi memastikan tiada pertengkaran dengan pihak lain," katanya.



Bagi beliau, adalah penting menyediakan surat itu walaupun orang Islam ada hukum Syariah bagi menguruskan wasiat.



"Surat ini membolehkan kita menguruskan hal harta dan peribadi dari sisi undang-undang negara," ujar Encik Ramli.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, gembira acara itu dihadiri ramai orang masyarakat Melayu/Islam.



"Sambutan ini amat memberangsangkan dan akan meningkatkan kesejahteraan dalam masyarakat kita," katanya dalam satu pos di Facebook kelmarin.



Beliau menggesa orang ramai memohon LPA jika belum berbuat demikian.



Salah seorang peguam terlibat, Encik Muslim Albakri daripada firma Albakri LLC, berkata ramai hadirin memberitahunya mereka mahu sebuah surat wasiat yang cukup untuk hal kewangan dan harta mereka diurus dengan baik jika mereka tidak berupaya membuat keputusan.



"Antara keprihatinan lain ialah hadirin ingin melaksana LPA tetapi oleh kerana ia memerlukan semua pihak terbabit hadir dan memohonnya serentak, ini menjadi satu hambatan yang menghalang mereka berbuat demikian.



"Bagi situasi ini, saya cadangkan mereka buat apa yang mereka boleh dan berdasarkan apa yang sudah tersedia kerana ia bukan satu dokumen tetap, sebaliknya boleh diubah pada masa depan.



"Kami berada di sini untuk membuat proses permohonan LPA itu lebih mudah dan lancar," ujarnya.



Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai LPA atau memerlukan bantuan bagi memohonnya boleh mengunjungi salah satu daripada 26 Pusat Hubungan Rakyat atau Pusat Perkhidmatan Awam di Our Tampines Hub.



Maklumat mengenai LPA boleh didapatkan di laman Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.




"Sambutan ini amat memberangsangkan dan akan meningkatkan kesejahteraan dalam masyarakat kita."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengenai sambutan terhadap acara mohon Surat Kuasa Berkekalan (LPA) anjuran Lawyers@M³.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >