Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan baik terhadap bahan Bahasa Melayu di Perpustakaan

Aug 06, 2022 | 03:13 PM




Pinjaman bahan bahasa Melayu meningkat 10 kali ganda kepada lebih 6,000 pinjaman tahun lalu berbanding sekitar 600 sahaja pada 2019.



Mendedahkan ini, Ketua Perancangan dan Pengembangan Koleksi (Bahasa Melayu) Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Cik Zubaidah Mohsen, berkata, pandemik Covid-19 juga telah mengalihkan kebanyakan acara ke wadah digital, sekaligus mencatat kenaikan tiga kali ganda jumlah orang yang mengikuti akaun Facebook MLS kepada lebih 3,100 pengguna sejak April 2020.



Menjelang acara Bulan Bahasa yang bakal dilancarkan akhir bulan ini, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga pengerusi jawatankuasa Bulan Bahasa memberitahu Berita Harian kumpulan sasaran bagi aktiviti kebanyakannya disasarkan untuk warga muda dan keluarga.



“Setiap tahun kami akan pastikan rakan kongsi yang ingin bekerjasama dengan kami menyajikan acara yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga berkualiti dan bermakna,” katanya.



Data yang dikongsi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) kepada BH menunjukkan terdapat peningkatan daripada segi jumlah peserta yang ikuti acara Bulan Bahasa.



Pada 2019, seramai 5,470 peserta ambil bahagian dan meningkat kepada 73,741 pada 2020 .



Ini selepas majlis pelancaran Bulan Bahasa ditayangkan di televisyen dan acara beralih ke aspek digital akibat pandemik Covid-19.

Sebelum ini, jumlah penyertaan tertinggi ialah 28,907 pada 2015.



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >