Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan hangat acara 'Mega Family Fest 2019' Masjid En-Naeem

Oct 12, 2019 | 12:27 PM



MASJID sebagai titik untuk ikatan keluarga. Demikian adalah tema acara hari keluarga Masjid En-Naeem, Mega Family Fest 2019, yang telah berlangsung pada 6 Oktober lalu di masjid yang terletak di Tampines Road itu.



Bak selari dengan tema Mega Family Fest 2019, Masjid En-Naeem telah mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum keluarga yang menghadiri dan menyertai pelbagai program di acara hari keluarga tersebut. 



“Respons bagi acara Mega Family Fest 2019 sangat baik, malah penyertaan luar biasa bagi kebanyakan program, antaranya seperti ibu bapa memberi sokongan kepada cabaran Hari Kanak-kanak, pertandingan keluarga, bengkel Seni Islamik buat kanak-kanak, perkongsian motivasi oleh selebriti untuk belia dan aneka gerai makanan. 



“Kami lihat, antara mereka yang hadir merupakan peserta tetap, peserta kali pertama dan juga golongan bukan Muslim,” kata Pengerusi Penganjur Mega Family Fest 2019, Ustazah Sulastri Mohd Amin, juga Mudirah, Madrasah Masjid En-Naeem.



Masjid En-Naeem telah menganjurkan acara hari keluarga pada setiap tahun sejak 2008. 



Namun, sejak dua tahun lalu, acara hari keluarga masjid itu telah diadakan pada skala lebih besar dan pihak masjid turut mengundang golongan bukan Muslim dari kawasan kejiranan, kelab masyarakat dan gereja untuk menurut serta.



Lantaran itu, menurut Ustazah Sulastri, pihak masjid telah memerhatikan bahawa jumlah peserta acara hari keluarga masjid itu kian meningkat tahun demi tahun.



“Walaupun kami tidak mempunyai jumlah tepat, lebih 2000 peserta menghadiri acara Mega Family Fest tahun ini,” kata Ustazah Sulastri.



Katanya lagi, acara hari keluarga masjid itu bermatlamat menguatkan lagi jalinan kekeluargaan; mempromosikan semangat sukarelawan; mengeratkan hubungan masjid dan para jemaah; menggalakkan kerjasama antara ibu bapa bersama pihak tadika, madrasah dan masjid; menggalakkan keharmonian kaum kerana acara terbuka pada golongan bukan Muslim; dan meraikan keluarga besar Masjid En-Naeem yang merangkumi lembaga pengurusan masjid (MMB), kakitangan masjid, sukarelawan, pelajar-pelajar, benefisiari zakat dan para jemaah. 



Lantaran itu, pelbagai program dan kegiatan menarik telah diadakan di Mega Family Fest 2019 bagi kumpulan sasaran acara itu iaitu para ibu bapa dan belia. 



Salah satu program kemuncak di acara itu ialah Sembang Santai, perkongsian motivasi buat belia, dengan harapan agar ia mendorong mereka untuk berubah terhadap kebaikan.



Dua artis tempatan, penyanyi Didicazli Ismail dan pelakon Elfaeza Ul Haq, telah diundang khas untuk berbicara dalam program Sembang Santai. Mereka disertai moderator Ustaz Dr Fadli Ayub yang menyelami kisah penghijrahan kededua artis itu dalam program tersebut.



Antara perkongsian Didicazli dalam program itu berkenaan ibu bapa, sifat suka membantu dan perasaan cinta di kalangan remaja. 



Kata Didicazli: 



“InsyaAllah, kalau anda jaga ibu dan ayah, jaga hati mereka, anda selamat dunia akhirat. 



“Dan biasakan tolong orang, kerana bila kita tolong orang, orang yang menerima bantuan itu akan mendoakan kita… InsyaAllah, bila dia doakan, doa itu express. 



“Ketiga, remaja pasti ada rasa sayang kepada teman sekelas mereka dan sebagainya. 



Saya sarankan, jangan pendamkan perasaan anda tetapi kawal kelakuan anda, hubungan, dan komunikasi anda. 



“Itu yang penting, kerana perasaan cinta dan kasih sayang ini perkara yang normal, tetapi jangan menjadikan itu sebagai spark yang membuat anda melakukan perkara-perkara lain. Nak bahagia, tunggu masa jumpa mak bapa.”



Ustaz Dr Fadli Ayub pula berkata di dalam program Sembang Santai itu:



“Bila kita cakap pasal hijrah ni, perjalanan hidup kita sendiri itulah yang dinamakan hijrah. Kalau dah sampai destinasi, dah bukan hijrah lagi. 



“Ia perjalanannya yang membuat kita menjadi orang lebih baik, InsyaAllah.”



Kata Ustaz Dr Fadli lagi, “Sebenarnya, peluang dalam masjid ini banyak. Kalau nak jadi muezzin, ada bengkel, kursus dan terus terang, untuk nak azan tak semestinya suara kena sedap, asalkan sebutan semua betul. Practise dulu dari rumah, bina keyakinan, betulkan mana yang salah, kemudian baru akan ada peluang terbuka, InsyaAllah.”



Selain program Sembang Santai itu, acara Mega Family Fest 2019 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan gerai jualan di keliling masjid.



Biarpun acara Mega Family Fest 2019 sudah tamat, Masjid En-Naeem mempunyai pelbagai aktiviti lain pada Oktober dan November ini.



Sertai kelas KMM@En-Naeem (KelasMatematika), satu gabungan bersama Mendaki dan sebahagian daripada inisiatif M kuasa tiga (M³) dan kuliah harian masjid.



Pada November ini, masjid ini akan menganjurkan program Maulid dan kuliah program Pembelajaran Islam Dewasa (ADIL).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >