Sambutan hangat apabila PM Lee seru kongsi gambar gerhana, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sambutan hangat apabila PM Lee seru kongsi gambar gerhana

Mar 09, 2016 | 02:21 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong tidak dikecewakan apabila beliau menjemput orang ramai berkongsi gambar gerhana matahari mereka dengan beliau.

Encik Lee cenderung menghasilkan gambar menarik, namun beliau tidak dapat merakam fenomena semula jadi itu pada pagi Rabu (9 Mac).

Sebaliknya, Encik Lee menyiarkan gambar yang diambil oleh salah seorang kakitangannya dan berkata dalam Facebook bahawa beliau pergi ke Kebun Bunga Singapura untuk merakam kejadian tersebut.

"Malangnya, saya tidak mendapatkan petikan baik... bagaimana pula dengan anda? Sila kongsi gambar anda di sini," tulis beliau.

Sambutan yang Encik Lee terima begitu hangat. Lebih 400 komen dipos ke laman Facebook beliau dalam masa kurang dua jam.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ramai berkongsi gambar fenomena jarang berlaku itu, termasuk beberapa usaha yang benar-benar menarik, yang mereka ambil sendiri.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, turut berkongsi dua gambar yang beliau ambil, manakala video masa berlalu 36 saat Pasukan Polis Singapura menarik lebih 50,000 tontonan dalam dua jam.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map