Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan hangat di A&W lepas dapat sijil halal

A&W
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



RESTORAN A&W mendapat sambutan hangat selepas menerima sijil halal di kedua-dua cawangannya di Jewel, Lapangan Terbang Changi dan AMKHub di Ang Mo Kio.

Setelah 16 tahun 'menghilang', restoran itu kembali semula di Singapura dengan cawangan yang dibuka di Jewel Lapangan Changi pada April tahun lepas.

Namun, ramai pelanggan Islam di sini yang menantikan pensijilan halal restoran tersebut dirasmikan.

Pengumuman itu dibuat A&W dalam satu catatan di Facebook 10 November lalu.

Pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan itu menjamin dan memastikan bahawa semua produk, penyediaan dan sumber bahannya mematuhi keperluan masyarakat Islam.

Pengarah urusan A&W Singapura, Encik Martin Lim, berkata meskipun pihaknya menjangkakan sambutan baik selepas pensijilan halal itu diumumkan, namun apa yang dialami mereka melebihi jangkaan.

"Kami menerima sambutan yang luar biasa daripada masyarakat Islam. Kami sangat berterima kasih atas kesabaran dan sokongan mereka yang berterusan.

"Jualan kami meningkat sekitar 20 peratus pada hujung minggu selepas pengumuman sijil halal," ujarnya menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).

Ditemuis di restoran tersebut, salah seorang pelanggan, Encik Saharudin Wakijo, 53 tahun, yang sedang makan bersama isteri dan anaknya, berkata:

"Saya sangat gembira A&W sudah halal sekarang sebab ini bermakna terdapat lebih banyak pilihan bagi kami untuk makan di kedai halal di Ang Mo Kio bersama keluarga.

"Tambahan pula A&W sudah lama tak ada di Singapura, jadi selepas adanya sijil halal ini kami dapat cuba rasa makanannya."

Seorang lagi pelanggan, Cik Nurul Nazilah Tebok, 26 tahun, warga Malaysia yang sudah empat tahun bekerja di Singapura.

"Ini kali kedua kami makan di restoran A&W selepas mendapat tahu ia sudah halal. Saya memang suka makan di A&W! Kegemaran saya ialah minuman Rootbeer float.

"Waktu kali pertama di Jewel, kawan saya ada memberitahu bahawa A&W belum dapat sijil halal, jadi saya tak pergi dan makan. Saya ada fikir juga, kalau masih tidak halal, saya rasa nanti saya akan tunggu balik ke Malaysialah, baru saya makan!" seloroh Cik Nurul.

Dalam kenyataannya, A&W turut mendedahkan bahawa ia akan membuka cawangan baru di Canberra Plaza di Sembawang.

Restoran itu juga berharap membuka dua atau tiga cawangan baru pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >