Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kebangsaan bermula hujung minggu di estet kejiranan

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura dan penduduk setempat berpeluang meraikan ulang tahun ke-57 negara mulai hujung minggu di 12 lokasi.



Daripada menyaksikan pertunjukan bunga api yang berlangsung di estet kejiranan, aksi payung terjun The Red Lions dan karnival - yang merupakan kali pertama aktiviti berskala besar kembali diadakan sejak pandemik Covid-19 melanda Singapura.



Dengan pelbagai aktiviti ditawarkan sepanjang tiga hari, Pengerusi Jawatankuasa Estet Kejiranan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2022, Kolonel Kwek Kian Leong, berkata pelbagai acara menarik yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.



Selama dua hari - hari ini dan esok - orang ramai boleh menyertai kegiatan mesra keluarga serta menonton persembahan muzik dan tarian di karnival yang berlangsung di lima kawasan kejiranan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).



Sambutan tersebut akan berlangsung di padang bersebelahan Wisma Geylang Serai, Taman Bishan-Ang Mo Kio dan beberapa padang luas termasuk Punggol bersebelahan Waterway Point, MRT Sembawang dan MRT Buona Vista.



Karnival ini berlangsung dari 4 petang hingga 9 malam.



Bagi pengunjung berusia 12 tahun ke atas, hanya mereka yang telah mendapatkan vaksin Covid-19 sepenuhnya, dibenarkan memasuki kawasan karnival.



Namun, mereka yang disahkan tidak layak dari segi perubatan untuk semua vaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan, dikecualikan.



Orang ramai boleh menempah tiket karnival itu di laman web NDP, https://www.ndp.gov.sg/ticketing/heartlands



Walaupun karnival diadakan di tempat terbuka, pengunjung digalakkan menggunakan pelitup muka sebagai langkah pencegahan.



Ketika rakyat Singapura menjalani kehidupan biasa biarpun berdepan Covid-19, Kolonel Kwek berharap acara seperti ini dapat membawa kegembiraan kepada lebih ramai warga Singapura.



"Membawa perayaan Hari Kebangsaan kepada lebih ramai penduduk estet HDB, membolehkan kami mendekati lebih ramai orang.



"Dengan ini, kita semua dapat bersama-sama menikmati pelbagai aktiviti bersama keluarga serta rakan-rakan sempena Hari Kebangsaan," katanya sambil menambah bahawa aktiviti ini juga diadakan sempena meraikan Tahun Meraikan Keluarga SG (YCF) tahun ini.



Sempena ulang tahun ke-55 Perkhidmatan Negara (NS55) pula, karnival itu juga akan menampilkan 24 jenis kenderaan statik daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team, tambah Kolonel Kwek.



Antara kenderaan yang ditampilkan termasuk Kereta Kebal Pertempuran Utama Leopard 2SG, Bot Pelampung Berbentuk Tegar (RHIB), RBS-70 - sebuah sistem antipeluru pesawat dan Kereta Respons Pantas Generasi Lanjut (FRC).



Selain daripada itu, acara yang dinanti-nantikan, The Red Lions, juga akan membuat penampilan di estet kejiranan.



Esok, The Red Lions akan melakukan terjun bebas di dua padang - bersebelahan Junction 8 di Bishan dan di sepanjang North Buona Vista Road berhampiran Pasar dan Pusat Makanan Ghim Moh.



Ia akan berlangsung dari 8.40 pagi hingga 10 pagi.



Serentak dengan pertunjukan bunga api di Pentas Terapung Marina Bay pada 9 Ogos nanti, acara serupa akan turut diadakan di lima daerah CDC itu.



Mengulas tentang pertunjukan ini, Kolonel Kwek berkata:



"Sepanjang dua tahun yang lalu, ada beberapa aspek Perbarisan Hari Kebangsaan yang dibawa ke kawasan kejiranan di Singapura dan ramai menghargai usaha itu.



"Saya juga berharap dengan aktiviti yang ditawarkan ini, rakyat Singapura dapat memperbaharui komitmen kolektif mereka kepada Singapura, mempunyai keyakinan terhadap kekuatan kita sebagai rakyat apabila kita kekal bersama.



"Dengan melakukan itu, kita mampu mengatasi sebarang cabaran yang datang dalam masa akan datang," ujarnya. - Laporan tambahan SYED MUHAMMAD FIRDAUS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >