Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Hari Kebangsaan secara maya untuk warga Singapura di luar negara

Aug 06, 2022 | 07:53 PM



WARGA Singapura dan rakan-rakan antarabangsa dari lebih 60 negara berkumpul sama secara maya hari ini (6 Ogos) bagi menyambut Hari Kebangsaan Singapura yang ke-57 tahun.



Dianjurkan Rangkaian Sejagat Singapura (SGN), acara secara langsung itu diberi nama Singapore@Home, dan menyasarkan untuk membawa "secebis" Singapura serta sambutan yang berlangsung sempena sambutan hari kemerdekaan negara ini - secara langsung ke rumah keluarga warga Singapura dan rakan-rakan yang tinggal di luar negara.



Dengan pembukaan semula sempadan di serata dunia, tema untuk rancangan tahun ini diberi nama "Merentas Sempadan, Menghubungkan Jambatan".



Acara ini menyatukan warga Singapura dari merata dunia, semua lapisan usia, untuk berkongsi kisah peribadi, minat dan pengalaman mereka menetap berjauhan dari rumah.



Bersama hos-hos seperti Hossan Leong dan Siti Khalijah, para penonton disajikan dengan program menarik yang memaparkan persembahan muzik secara langsung, filem-filem singkat, pementasan oleh syarikat teater setempat, Wild Rice, dan penampilan para selebriti seperti Joanna Dong, Taufik Batisah, Annette Lee, Benjamin Kheng, dan lain-lain.



Sebagai sebahagian daripada program itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menyertai sama rancangan secara langsung itu di mana beliau sertai segmen "Soal Saya Apa Sahaja", menjawab soalan-soalan dari warga Singapura di luar negara yang turut serta.



Beliau juga akan berkongsi ucapan Hari Kebangsaan beliau kepada semua keluarga Singapura dan rakan-rakan yang tinggal di luar negara.



Program "Singapore@Home" ini disiarkan secara langsung hari ini dan akan disediakan menerusi penstriman sehingga Selasa ini. (9 Ogos).



Pendaftaran adalah percuma dan dibuka kepada semua.



Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di www.go.gov.sg/sgathome.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >