Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan meriah tanda warga bangkit lebih kukuh bersama

NDP
Aug 09, 2022 | 10:01 PM



MERDEKA!



Penantian rakyat Singapura yang merindui suasana gah Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) setelah ia terpaksa diadakan secara kecil-kecilan selama dua tahun berturut-turut akibat pandemik Covid-19, berakhir sudah.



Satu lagi cabaran berjaya ditempuh, membolehkan NDP untuk diadakan pada skala besar persis era sebelum Covid-19.



Pentas Terapung Marina Bay kembali meriah pada Selasa (9 Ogos) sedang seramai 25,000 warga yang mengenakan pakaian merah putih mula mengisi tempat duduk seawal 4 petang bagi menonton NDP di lokasi tersebut yang menyajikan pemandangan panorama tepi laut menggabungkan unsur udara, darat dan laut.



Penonton yang divaksin dan digalakkan untuk memakai pelitup, mengibarkan bendera kecil mereka untuk menyambut mesra perayaan NDP di Pentas Terapung Marina Bay buat kali terakhir, sebelum sambutan berpindah ke Padang untuk memberi ruang kepada kerja pembangunan semula Dataran NS yang bakal bermula Mac depan.



Penduduk Singapura lain di kawasan kejiranan yang tidak berpeluang mendapatkan tiket bagi acara NDP juga tidak ketinggalan.



Membuka tirai NDP, dua helikopter Chinook, masing-masing diiringi oleh helikopter serangan Apache, telah mengibarkan bendera negara sambil terbang lalu mengelilingi angkasa pulau ini dari 5.25 petang hingga 6.15 petang.



Di samping itu, pertunjukan udara menampilkan enam jet pejuang F-16 terbang lalu negara dalam formasi delta – di mana jet terbang dalam bentuk V.



Bertemakan ‘Lebih Kukuh Bersama, Majulah!’, NDP kali ini menyeru warga Singapura agar terus maju ke depan ke arah masa depan lebih baik sebagai rakyat yang terus bersatu dengan hubungan yang semakin kukuh setelah mengharungi pandemik Covid-19.



Tema tersebut mudah dihayati Cik Noor Diyana Muhd Ikbal, 35 tahun, yang menganggap dirinya bertuah berpeluang menonton NDP di Pentas Terapung Marina Bay buat kali terakhir.



Eksekutif insurans itu berkata:



“Pengalaman ini satu nostalgia dan kenangan manis bagi saya dan keluarga saya. Saya juga berasa amat bangga menjadi warga Singapura kerana Singapura sangat maju dan terkenal di tahap antarabangsa kerana ia sangat inovatif, selamat dan dapat mengatasi cabaran seperti Covid-19 dengan berkesan.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >