Sambutan Minggu Fesyen Sopan memberangsangkan, kata penganjur
Penganjur lihat banyak potensi tapi ambil kira lebih banyak wadah boleh disedia bagi pereka setempat
Apr 25, 2017 | 05:30 AM
MINGGU Fesyen Sopan Singapura (SMFW) telah menyediakan wadah bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenama setempat, bukan hanya menerusi acara tiga hari itu malah menerusi lain-lain inisiatif yang telah diusahakan.
Ini termasuk memanfaatkan pemengaruh (influencer) sosial luar negara sejauh Britain, Sweden dan Amerika Syarikat untuk memakai jenama tempatan dan menyokong matlamat utama SMFW.