Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2022

Sambutan NDP akan diadakan di estet kejiranan lima CDC S'pura

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



PARA penduduk di setiap daerah Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) - South East, North East, North West, South West dan Central - boleh menjangkakan sambutan Hari Kebangsaan yang lebih gah berlangsung di kejiranan mereka tahun ini dalam bentuk karnival melibatkan seluruh anggota keluarga.



Selama dua hari - pada 6 dan 7 Ogos - sambutan-sambutan itu akan berlangsung di padang bersebelahan Wisma Geylang Serai, Taman Bishan Ang Mo Kio dan beberapa padang luas termasuk Punggol bersebelahan Waterway Point, MRT Sembawang dan MRT Buona Vista.



Antara lain kegiatan menarik bagi seisi keluarga di beberapa kejiranan itu termasuk bola sepak belon, lukisan batik dan perlumbaan mencari harta karun.



Ini diumumkan oleh Jawatankuasa Estet Kejiranan (Heartland) NDP 2022 dan wakil lima CDC dalam satu sidang media di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) semalam.



Pengerusi Jawatankuasa Estet Kejiranan (Heartland) NDP 2022, Kolonel Kwek Kian Leong, berkata:



"Kami telah menyusun satu barisan program menarik untuk rakyat Singapura untuk bersama sebagai sebuah masyarakat untuk meraikan satu lagi tahun kemerdekaan negara kita.



"Kami tidak sabar untuk meraikannya dengan semua rakyat Singapura."



Antaranya pada 6 Ogos bermula 4 petang hingga 9 malam, daerah kejiranan North West akan menjadi tuan rumah kepada sebuah karnival "Family Bliss Race @ North West".



Berlandaskan perpaduan keluarga, pengunjung serta keluarga mereka berpeluang untuk mengambil bahagian dalam satu perlumbaan mencari harta karun yang diberi nama "Family Bliss Race".



Dalam perlumbaan tersebut, terdapat beberapa set cabaran seperti cabaran sukan, kitar semula dan permainan tradisional tersedia untuk peserta.



Menariknya, salah satu stesen bagi perlumbaan itu ialah Masjid Assyafaah.



Dengan kerjasama sebuah inisiatif aktivis belia, ToiletRollSG, pengunjung juga boleh beramal dengan menyumbangkan kadbod tandas atau kertas dapur mereka di tempat pengumpulan yang akan disediakan.



Kadbod yang terkumpul itu akan dikitar semula dan dana yang diraih akan diagihkan kepada badan amal.



Sementara itu, penduduk di daerah South East boleh menikmati suasana sambutan Hari Kebangsaan di Wisma Geylang Serai pada 7 Ogos dari 4 petang hingga 9 malam.



Bertemakan "Celebrating Togetherness @ South East", 600 patung beruang kecil dicat oleh penduduk kawasan itu akan dipamerkan.



Disertakan dengan kod QR, para pengunjung boleh mengimbas kod itu untuk mengetahui lebih lanjut kisah-kisah mereka.



Acara menyaksikan bintang-bintang berkerlipan pula akan berlangsung di daerah South West.



Acara tersebut akan berlangsung antara 4 petang dengan 9 malam pada 6 Ogos.



Selain karnival, akan ada aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh pemimpin dan penduduk akar umbi, termasuk persembahan pentas oleh artis tempatan seperti Taufik Batisah dan Rahimah Rahim, percubaan sukan seperti 'Bubble Football' dan 'Archery Tag' serta pasar lambak di karnival-karnival tersebut.



Sejajar dengan pertunjukan bunga api di Pentas Terapung Marina Bay pada 9 Ogos nanti, acara serupa akan turut diadakan di kelima daerah CDC itu.



"Tidak cukup dengan itu, orang ramai juga boleh menyaksikan persembahan terjun paracut oleh pasukan Red Lions, serta pameran kenderaan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Home Team," kata Kolonel Kwek.




ANTARA ACARA NDP DI KAWASAN KEJIRANAN



DAERAH NORTH WEST

- Perlumbaan "Family Bliss Race @ North West"

- "North West Go Green" - kitar semula gulung kadbod tandas dan dapur



DAERAH NORTH EAST

- Zon Realiti Terimbuh (AR)

- Konsert "One Heart" bersama Taufik Batisah, Hady Mirza



DAERAH SOUTH WEST

- Permainan 'Archery Tag'

- Pemantauan bintang dan sistem solar



DAERAH CENTRAL

- Bengkel Lukisan Jubin dan Beg Tote

- Persembahan pentas



DAERAH SOUTH EAST

- Pameran Beruang Raksasa 2.4 meter

- Pemasangan Seni Pepatung Beruang Kecil




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >