Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan NDP akan diteruskan buat masa ini, Mindef akan kaji skala dan lokasi

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan diteruskan seperti yang dirancang buat masa ini, namun Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengkaji semula skala sambutan tersebut, termasuk yang akan diadakan di luar pentas terapung Marina Bay.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata meskipun NDP merupakan satu acara nasional yang penting, di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat, pihak penganjur akan memastikan bahawa sambutan NDP akan bersesuaian dengan protokol pengurusan yang selamat.



Beliau berkata demikian sewaktu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam bagi mengumumkan langkah keselamatan Covid-19 yang diperketatkan di mana Singapura akan kembali ke Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) mulai esok hingga 18 Ogos.



"Hari Kebangsaan adalah acara kebangsaan yang penting, terutama sekali ia bukanlah seperti acara-acara lain. Jadi buat masa ini, kami berhasrat untuk meneruskan Perbarisan Hari Kebangsaan," kata Encik Wong.



"Namun Mindef sedang mengkaji pelaksanaan perbarisan ini, seperti skala perbarisan dan semua langkah pengurusan selamat yang diperlukan untuk memastikan bahawa latihan atau acara yang menjelang perbarisan itu sendiri dapat dilakukan dengan selamat."



Mindef akan mengongsi butiran lanjut dalam masa terdekat, tambahnya.



Encik Wong, yang juga merupakan pengerusi bersama MTF, menjawab pertanyaan wartawan mengenai bagaimana sambutan NDP akan terjejas di sebalik peningkatan kes Covid-19 di sini.



Pada hujung minggu lalu, orang ramai dilihat berkumpul di kawasan Marina Bay semasa latihan NDP dan ia telah menimbulkan kebimbangan tercetusnya kelompok jangkitan baru.



Encik Wong sendiri akur bahawa ia adalah satu keprihatinan.



"Mengadakan perbarisan ini dengan selamat merupakan satu perkara, namun meneruskan rancangan itu bererti kemungkinan akan ada orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan perbarisan untuk menyaksikan yang yang sedang berlaku.



"Itu adalah satu perkara yang sedang Mindef menilai, dan itulah sebabnya mereka akan mengkaji semula sambutan yang akan diadakan ini, bukan sahaja di lokasi NDP, tetapi juga di sekitar kawasan Marina Bay serta lokasi lain di mana sambutan akan diadakan.



"Mereka akan memastikan sambutan NDP bersesuaian dengan protokol pengurusan yang selamat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >