SAMBUTAN jubli emas Singapura tahun depan diharapkan dapat menyatukan rakyat untuk meraikan pencapaian Singapura sepanjang 50 tahun lalu dan mengorak langkah berusaha mencapai 50 tahun yang lebih baik lagi.
Ini meskipun Singapura, seperti negara lain, perlu berdepan dengan cabaran di dalam dan luar negara dalam dunia penuh pancaroba.