Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN TAHUN TERUMBU ANTARABANGSA 2018

NParks anjur kegiatan, program untuk pulihara ekosistem laut

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) akan melancarkan pelbagai kegiatan dan program yang diadakan sepanjang tahun ini bagi menyambut Tahun Terumbu Antarabangsa 2018.



Usaha ini dijalankan dengan kerjasama masyarakat Friends of Marine Park dan rakan kerja lain.



Kegiatan dan program yang akan diadakan di Singapura sepanjang tahun itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar laut dan akan melibatkan masyarakat dalam usaha memulihara ekosistem laut negara ini.



Pengarah Cabang Pantai dan Laut di Pusat Biodiversiti Nasional NParks, Dr Karenne Tun, berkata biodiversiti laut Singapura merupakan warisan semula jadi yang dikongsi bersama.



Oleh itu, NParks telah antara lain menjalankan kajian demi memahami dan memulihara terumbu dengan lebih baik.



"Kami juga gembira melihat masyarakat tampil memainkan peranan memeliharanya - termasuk mengumpulkan maklumat tentang biodiversiti laut kita dan meningkatkan kesedaran tentang ancaman terhadap terumbu kita - dan oleh itu, kami menggalak semua orang menyertai kami dalam kegiatan akan datang sedang kami menyambut Tahun Terumbu Antarabangsa yang ketiga," kata Dr Tun.



Habitat pantai dan laut Singapura - termasuk terumbu karang, paya bakau dan pantai - terdapat di kawasan pantai utara, Pulau Ubin, Pulau Tekong serta pantai dan pulau di bahagian selatan.



Tempat ini merupakan tempat tinggal pelbagai biodiversiti termasuk lebih 250 spesies karang keras - yang membentuk 32 peratus daripada karang keras di seluruh dunia - dan lebih 100 spesies ikan terumbu dan lain-lain lagi.



Antara kegiatan dan program yang akan diadakan termasuk bengkel sampah laut dan mikroplastik pada 27 Januari ini yang dianjurkan NParks bersama Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Makmal Kelautan Nasional Pulau St John's.



NParks juga akan menyokong pusat beli-belah Seletar Mall bagi pameran 'Our Home, Their Home' yang memaparkan pelbagai ciri interaktif dan permainan untuk kanak-kanak dari 10 hingga 18 Mac.



Bagi mendapatkan maklumat terkini tentang kegiatan dan program lain yang akan diadakan, orang ramai boleh melungsuri laman web www.nparks.gov.sg/iyor.




SENARAI KEGIATAN ANJURAN NPARKS



PENGAWASAN ZON PASANG-SURUT:



Peserta akan belajar mengenal pasti haiwan laut yang biasanya ditemui di Singapura dan bantu mencatat apa yang tinggal di zon pasang-surut di sekitar pantai Singapura.



RONDAAN PANTAI:



Peserta akan dilatih mengenal pasti spesies dan sarang serta mencari penyu dan belangkas di pantai Singapura.



PEMANTAUAN SAMPAH LAUT:



Peserta akan bantu mengumpul dan mencatat sampah laut dari pantai Taman Kelautan Sisters' Island dan kawasan pantai lain.



SAHABAT TERUMBU (TINJAUAN TERUMBU KARANG SINGAPURA):



Ini merupakan program sains masyarakat yang diselaraskan oleh Blue Water Volunteers bagi memantau keadaan terumbu karang di Singapura buat jangka panjang.



MARINE BIOBLITZ:



Penyelam berpengalaman yang pernah menyelam di Singapura boleh bantu mengambil gambar dan merakam biodiversiti kelautan di beberapa tempat tertentu bersama ketua tinjauan yang akan membantu mengenal pasti spesies yang dikesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >