SABAN tahun, semakin banyak reka bentuk sampul duit Raya menarik dan unik yang menepati citarasa masyarakat hari ini ditawarkan di pasaran.
Namun, bagi dua individu muda - Cik Farah Jaffar dan Cik Raeesah Khan - mereka cuba menghasilkan sampul duit sendiri menggunakan majalah, akhbar dan buku lama yang tidak lagi digunakan.