Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI: Raya Selera Milenial

Sampul Raya mesra alam

Jun 05, 2019 | 05:30 AM



SAMPUL hijau yang diisi duit Raya tidak semestinya hijau.



Malah kebelakangan ini, sampul duit Raya itu wujud dalam pelbagai bentuk dan warna, antara lain untuk memenuhi citarasa golongan milenial yang kebanyakannya sudah mula memberi duit Raya.



Namun bagi sesetengah milenial seperti Cik Yulianna Frederika Abdul Rahman, mereka menghidupkan erti 'hijau' dalam perkataan 'sampul hijau' Raya ini.



Cik Yulianna, 21 tahun, menghasilkan sampul yang diperbuat daripada kertas yang dikitar semula tahun ini. Namun, ini bukan kali pertama beliau menghasilkan sampul duit Raya sendiri untuk dijual menjelang Aidilfitri.



"Tahun lalu saya buat juga sampul untuk dijual tapi akhirnya saya dapati banyak kertas yang dibazirkan. Saya sedar ini mempunyai kesan buruk pada alam sekitar kita.



"Sebab itulah tahun ini saya gunakan kertas yang dikitar semula dan membuat sampul bersaiz kecil supaya ia tidak menggunakan banyak kertas.



"Rekaannya juga bersifat minimalis supaya tidak perlu menggunakan terlalu banyak dakwat untuk dicetak," kata pereka grafik bebas itu.



Meskipun sampul rekaannya bersifat moden dan minimalis, Cik Yulianna berkata beliau tetap terapkan elemen tradisional agar sesuai digunakan semasa Hari Raya.



Dengan menghasilkan kesemua sampul yang ditempah pelanggannya sendiri, beliau juga berharap pengguna dapat merasakan keunikan hasil tangannya itu.



"Lebih istimewa lagi, tahun ini merupakan tahun pertama saya akan memberi duit Raya juga. Dengan menggunakan sampul yang saya buat sendiri, saya harap penerimanya juga akan mengitar semula sampul ini. Barulah usaha ini akan menjadi lebih bermakna," ujar Cik Yulianna yang menyiapkan 200 sampul antara 18 dengan 30 Mei lalu bagi pelanggannya.



Sebagai seorang pereka grafik, Cik Yulianna berkata beliau sering memikirkan bagaimana beliau boleh mengurangkan pembaziran dan menghasilkan reka bentuk yang berdaya tahan selain mesra alam.



"Saya harap dengan melakukan ini, saya dapat menyumbang kepada usaha menjadi lebih mesra alam," kata Cik Yulianna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >