Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Samsung hapus kandungan kempen pemasaran kurang peka dari semua wadah awam

Jan 19, 2022 | 09:27 PM



SYARIKAT elektronik Samsung telah menghapuskan kandungan kempen pemasarannya baru-baru ini yang dianggap tidak sensitif kepada sesetengah anggota masyarakat daripada semua wadah awam.



Menerusi satu kenyataan di laman Facebook mereka pada Rabu (19 Januari), Samsung Electronics Singapore berkata mereka sedar akan maklum balas bahawa salah satu video kempen pemasaran mereka baru-baru ini bagi produk yang boleh dipakai dianggap tidak sensitif dan menyinggung perasaan sesetengah anggota masyarakat setempat.



“Kami akur bahawa kami tidak memenuhi jangkaan kali ini dan kami telah menghapuskan kandungan itu daripada semua wadah awam,” ujarnya.



Video selama seminit itu antara lain bertujuan memaparkan alat earbud Galaxy Buds2 yang berupaya menghapuskan bunyi bising serta jam bijak Galaxy Watch4 yang boleh memantau kadar denyutan jantung.



Video tersebut menggambarkan seorang ibu yang memakai tudung bersama anak lelakinya yang memakai pakaian wanita.



Menurut Samsung, mereka yakin bahawa inovasi dan pertumbuhan didorong kepelbagaian dan sifat inklusif.



“Kami pastinya akan lebih sedar dan teliti semasa mempertimbang semua perspektif dan pandangan bagi kempen pemasaran kami pada masa akan datang,” ujarnya.



Mengulas tentang kenyataan di laman Facebook Samsung itu, salah seorang pengguna Facebook yang bernama Amran Abdul berkata:



“Dalam ramai-ramai orang, anda memilih seorang ibu Muslim yang memakai tudung untuk menunjuk sokongan bagi gaya hidup alternatif.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >