Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Samsung tawar balikkan wang, tukar ganti bagi pemilik Note7

Oct 19, 2016 | 09:38 AM



PEMBELI Samsung Galaxy Note7 yang mahu wang mereka dikembalikan akan menerima $1,168, iaitu harga runcit telefon bimbit tersebut, umum Samsung pada Selasa (18 Okt).



Dalam usaha mengekalkan pelanggan, Samsung berkata mereka yang tukar ganti Note7 dengan satu lagi model perdana telefonnya, Galaxy S7 edge, akan turut diberi cek $250.



Harga runcit S7 edge ialah $1,098.



Pilihan sama diberi kepada pelanggan yang membeli Note7 pada harga penuh daripada peruncit dan yang membelinya pada harga subsidi selepas menandatangani kontrak perkhidmatan dua tahun dengan syarikat telekomunikasi tempatan Singtel, StarHub dan M1.



Kontrak pelanggan akan diteruskan tanpa gangguan.



Pada 11 Oktober, Samsung memberi amaran kepada pelanggannya supaya berhenti menggunakan Note7 disebabkan kebimbangan ia terbakar dek terlalu panas.



Masalah itu, yang tidak dapat dihuraikan, juga memaksa Samsung menghentikan pengeluaran telefon tersebut.



Pemilik Note7 yang mempunyai aksesori tulen Samsung, termasuk tutup boleh berdiri S View, tutup kulit dan tutup belakang, juga akan mendapat bayaran balik nilai runcit aksesori tersebut semasa pertukaran.



Pelanggan boleh menyatakan pilihan mereka di laman web Samsung - www.samsung.com/sg/note7exchange - dari 26 Oktober hingga 6 November



Mereka akan diminta memberi alamat rumah dan butir lain supaya telefon Note7 mereka boleh diambil, di samping mereka mendapat bayaran balik atau telefon Galaxy S7 edge.



Bulan lalu, Samsung memanggil balik 2.5 juta telefon Note7 di seluruh dunia, termasuk puluhan ribu di Singapura, dan memberi telefon Note7 pengganti selepas beberapa unit terbakar dan meletup.



Pada mulanya, masalah itu dikatakan berpunca daripada kerosakan bateri. Bagaimanapun, masalah kebakaran tetap berlaku pada telefon Note7 pengganti, termasuk satu kejadian di mana telefon pengganti berasap hingga penumpang sebuah penerbangan Southwest Airlines di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, terpaksa dipindahkan pada 5 Okt.



Ini menyebabkan Samsung memutuskan menghentikan pengeluaran telefon tersebut, dua bulan selepas ia dilancarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >