Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Samsung telefon bimbit kedua paling popular di Singapura walau Note 7 hadapi masalah

Feb 13, 2017 | 09:52 AM



MESKI menghadapi masalah dengan telefon bimbit model Note7, populariti jenama Samsung terus berkembang tahun lalu dengan ia menduduki di tangga kedua di belakang Apple.



Di Singapura, ia menyumbang 31 peratus daripada 3.4 juta telefon pintar dihantar di sini tahun lepas berbanding 28 peratus pada 2015.



Perangkaan itu tidak termasuk Note 7 yang ditarik balik menyusuli beberapa laporan ia mengeluarkan asap atau terbakar di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Australia.



Jika tidak kerana masalah itu, angkanya mungkin lebih tinggi.



Telefon Note7 awalnya dijangka menjadi telefon terbaik Samsung - tipis dan bergaya tetapi penuh dengan ciri-ciri paling maju dan hayat bateri yang panjang. Ia menerima reviu baik sebelum masalah itu timbul.



Pengurus penyelidikan IDC Asia Pasifik Kiranjeet Kaur berkata: "Cara Samsung mengendalikan bayaran balik di Singapura dan rantau ini mengehadkan masalah tersebut."



Selain Apple dan Samsung, tiga jenama lain paling popular di Singapura ialah Asus, Sony dan LG, menurut sumber IDC ASIA-PACIFIC.



Di peringkat dunia, lima vendor teratas ialah Samsung, Apple, Huawei, Oppo dan vivo.



Masalah Note7 dikaitkan dengan bateri yang terbakar. Sebanyak 2.5 juta unit teleon itu di telah dipanggil semula di seluruh dunia, atermasuk ribuan yang terjejas di Singapura.



Belum dapat dipastikan jika pengguna akan memberi sambutan pada Note8 yang akan datang.



Sesetengah pengguna Note7 beralih kepada jenama lain.



Sementara itu, penjualan Apple merosot walaupun ia terus menguasai pasaran telefon pintar Singapura secara keseluruhan.



Pembuat iPhone menyumbang 46 peratus daripada telefon pintar dihantar ke Singapura tahun lepas, susut daripada 47.6 peratus pada 2015.



Di peringkat global, pengaruh kedua-dua Samsung dan Apple mula berkurang sementara jenama Huawei dan Oppo dari China semakin meningkat.



Perangkaan IDC menunjukkan Samsung kekalkan menerajui kedudukan di peringkat global, diikuti Apple, Huawei dan Oppo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >