MENEROKA satu model operasi baru.
Di bawah model itu, Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) akan "ditempatkan bersama" agensi-agensi khidmat sosial dan pejabat rakan kongsi yang lain dan bercadang bergerak dari satu pejabat ke satu pejabat yang lain.
Ini boleh mendekatkan Sana dengan bekas pesalah dan keluarga mereka, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
"Wawasan Sana adalah untuk mempunyai rakan kongsi masyarakat di setiap kawasan, supaya mereka boleh memberi khidmat penilaian, program dan khidmat lain secara langsung kepada klien dengan lebih berkesan," kata Dr Faishal.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di pelancaran pusat sokongan Sana dalam masyarakat yang ketiga, Step-Up@Northwest di Kelab Masyarakat Ace The Place di Woodlands semalam.
Sana juga mengendalikan dua lagi pusat sedemikian, di Sengkang dan Taman Jurong.
Menurut Dr Faishal pengalaman yang diraih menerusi pusat pertama di Sengkang menunjukkan khidmat sokongan bersepadu yang diberikan kepada bekas bersalah berkesan untuk membantu mereka.
Laporan lanjut: