Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sanggup beratur demi ambil suntikan penggalak

37% penduduk S'pura telah ambil suntikan penggalak
Dec 29, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai dilihat beratur panjang di beberapa pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan penggalak, termasuk mereka yang tidak membuat janji temu terlebih dahulu.



Sekurang-kurangnya dua pusat vaksinasi, Kelab Masyarakat Tampines East dan Buona Vista, semalam melihat ramai orang beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 itu.



Tinjauan Berita Harian (BH) ke Tampines East menunjukkan sekurang-kurangnya 20 orang beratur untuk menunggu giliran mereka.



Mereka juga menunggu sekitar 10 hingga 20 minit sebelum dibenarkan memasuki kawasan pendaftaran.



Pusat vaksinasi di Tampines East itu menawarkan suntikan penggalak Moderna dan dikendalikan oleh Fullerton Health.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, sebelum ini mengumumkan mereka yang layak menerima suntikan penggalak kini boleh ke pusat vaksinasi yang menawarkan suntikan penggalak Moderna, tanpa perlu menempah janji temu.



Orang ramai dibenarkan untuk mengambil vaksinasi berlainan bagi suntikan penggalak mereka, yang bermakna mereka yang mengambil vaksin Pfizer untuk suntikan pertama dan kedua, boleh mengambil Moderna bagi suntikan ketiga.



Encik Danial Ali, merupakan antara mereka yang langsung ke pusat vaksinasi di Tampines East tanpa membuat janji temu terlebih dahulu kerana slot di pusat itu telah habis ditempah hingga hujung akhir bulan ini.



Beliau ingin mendapatkan suntikan penggalak itu secepat mungkin untuk keselamatan sendiri serta orang di sekelilingnya.



"Apatah lagi dengan varian Omicron yang ada sekarang, saya membuat keputusan untuk mengambil suntikan penggalak ini secepat mungkin," kata pegawai IT berusia 32 tahun itu.



Bagi Encik Mahmod Ishak, 60 tahun, pula, beliau agak terkejut dengan orang ramai yang beratur pada waktu sibuk itu.



"Saya hanya ingin tahu berapa lama perlu tunggu bagi mereka yang tidak mempunyai janji temu. Kakitangan di sana berkata masa boleh mengambil sekitar dua jam, dari tunggu beratur di barisan hinggalah habis masa pemantauan pada waktu sibuk," katanya, yang mendedahkan isteri dan anak-anaknya terpaksa membuat slot tempahan di kelab masyarakat lain untuk mendapatkan suntikan penggalak mereka.



Pengguna media sosial juga mendedahkan barisan panjang dilihat di pusat vaksinasi di Kelab Masyarakat Buona Vista semalam.



Namun, tinjauan BH ke pusat itu sekitar 11 pagi Ahad lalu menunjukkan mereka yang membuat janji temu terdahulu tidak perlu beratur lama, dengan keseluruhan proses mengambil vaksin termasuk masa menunggu mengambil masa hanya setengah jam.



Meskipun ada yang harus beratur, ia tidak menghambat semangat penduduk Singapura untuk mendapatkan suntikan penggalak mereka.



Antara mereka ialah Encik Raof Tahir, 52 tahun, yang mengambil suntikan itu bersama isterinya, Cik Noosilah Mohd Ali, 52 tahun.



Beliau menyokong usaha pemerintah untuk menggalakkan penduduk mengambil suntikan penggalak supaya negara lebih selamat.



"Saya ingin mendapatkan suntikan penggalak untuk menyokong apa yang digalakkan oleh pemerintah. Saya juga tidak ingin susah jika tidak mengambil suntikan ini," kata usahawan itu, yang membuat penempahan slot dan beratur sekitar lima minit.



Dalam pada itu seramai 37 peratus jumlah penduduk Singapura telah mengambil suntikan penggalak mereka dalam program vaksinasi Covid-19 negara.



MOH sebelum ini berkata suntikan penggalak diperlukan bagi memastikan status vaksinasi penuh tidak luput.



Dasar baru mengenai perubahan status vaksin sepenuhnya akan diumumkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, kata Encik Ong dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 pada 14 Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >