Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sanggup korbankan tiket pesawat ke KLIA jika Koswe dibuka semula

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Hafizuddin Ismail sanggup mengorbankan tiket penerbangannya berharga $108 ke Kuala Lumpur jika sempadan darat antara Singapura dengan Johor dibuka semula.



Beliau, warga Malaysia yang bertugas di Singapura, sudah merancang pulang ke Ulu Tiram, Johor Bahru, untuk bersama isteri dan dua anaknya dari 30 November hingga 12 Disember.



Ini bagi menyambut hari lahir anak keduanya berusia dua tahun yang jatuh pada 28 November.



Namun, selepas Singapura mengumumkan pada Sabtu lalu yang ia optimistik mengenai pembukaan sempadan darat dengan Malaysia pada hujung bulan ini, Encik Hafizuddin berkata adalah lebih mudah pulang ke rumahnya menerusi Koswe berbanding terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dahulu dan kemudian menempah lagi satu penerbangan atau pengangkutan darat untuk "patah balik" ke Johor.



"Hari itu selepas Scoot dan SIA umumkan mereka sudah ada jadual penerbangan VTL (Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi) saya terus rancang nak beli tiket," kata teknisyen farmasi Raffles Medical berusia 30 tahun itu.



"Tapi saya lihat banyak dah sold out, cuma tinggal tiket business sahaja. Jadi saya tempah tiket Jetstar ke KL.



"Nanti bila dah sampai KL, tak tahu lah macam mana nak pergi ke Johor, mungkin naik bas atau naik penerbangan lain," kata Encik Hafizuddin lagi.



Beliau telah bertugas di sini sejak lima tahun lalu, selepas beliau bernikah dan berpindah dari negeri asalnya, Pulau Pinang, ke Johor bersama isterinya enam tahun lalu.



Kali terakhir beliau dapat bersama dengan keluarganya ialah pada Julai tahun lalu.



Namun pada ketika itu beliau merentas sempadan menerusi skim Peraturan Ulang-Alik Berkala (PCA).



Jika beliau ingin merentas sempadan pada kali ini menerusi skim itu, beliau perlu menjalani kuarantin sepanjang 14 hari setiba di Malaysia dan apabila kembali ke Singapura untuk bekerja, Encik Hafizuddin akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sepanjang tujuh hari.



Ini bermakna tempoh cutinya yang hanya sekitar 13 hari itu tidak cukup sekiranya perlu menjalani kuarantin.



Bahkan, beliau perlu balik ke pejabat tiga hari selepas cutinya tamat pada 16 Disember.



"Sehingga kini, tiket penerbangan saya cuma sehala sahaja. Belum lagi beli tiket balik ke Singapura.



"Jadi saya tengah tunggu kalau sempadan darat dah buka, mungkin saya boleh pulang ke Malaysia dengan kapal terbang melalui VTL ke KL dan balik ke Singapura menerusi sempadan darat, atau kalau mereka buka sempadan itu dalam beberapa hari ini, saya akan pergi ulang-alik menerusi sempadan darat lagi senang," jelas Encik Hafizuddin lagi.



"Saya memang dah tak sabar nak pulang sebab tahun lalu saya tak dapat sambut hari lahir anak saya tu, jadi anak-anak saya tak tahu saya ada rancangan nak balik cuma orang rumah sahaja," katanya.



Pada sidang akhbar Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian Sabtu lalu, pengerusi pasukan bersama pasukan itu, Encik Gan Kim Yong berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan teliti bersama pelbagai agensi lain dan beliau optimistik Singapura akan dapat membuka laluan VTL bagi sempadan darat dengan Malaysia sekitar akhir bulan ini.



Namun, terdapat beberapa laporan media dari Malaysia sebelum ini yang menyatakan laluan darat itu mungkin dibuka semula pada 29 November, hari yang sama laluan VTL dengan KL dimulakan.



Menyusuli itu, Encik Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan berkata pembukaan sempadan darat itu adalah khusus bagi bilangan kecil individu yang sudah divaksinasi sepenuhnya dengan kuota yang terhad.



Beliau, tidak mengesahkan tarikh 29 November itu, namun berkata, perincian lanjut akan diumumkan minggu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >