Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sanggup ulang-alik S'pura-KL demi jayakan NDP

Aug 07, 2018 | 05:30 AM



Yang seorang perlu meninggalkan anak yang baru dilahirkan. Seorang lagi pula terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur. Pelakon Nadiah M. Din dan penyanyi Aisyah Aziz mengongsi pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjalankan tanggungjawab kepada negara sebagai peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. Ikuti laporan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg).



IMPIAN membuat persembahan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) telah lama dipendam penyanyi bersuara lunak, Aisyah Aziz.



Oleh itu, apabila mendapat tawaran bernyanyi di Hari Kebangsaan tahun ini, beliau segera menerimanya, meskipun perlu sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura bagi latihan dan raptai menjelang 9 Ogos.



"Saya mendapat tawaran itu sekitar Februari atau Mac lalu dan saya diberitahu yang saya bukannya satu-satu penyanyi bagi segmen itu. Saya terus setuju. Saya tidak kisah sama ada berbaris atau menari atau bernyanyi. Apa sahaja asalkan saya dapat mengambil bahagian," kata penyanyi tinggi lampai berusia 24 tahun itu.



Aisyah antara penyanyi yang menyumbang suara dalam lagu tema perbarisan tahun ini berjudul We Are Singapore.



Selain beliau, Charlie Lim, Vanessa Fernandez, Shak'thiya Subramaniamm, TheLionCityBoy (Kevin Lester) dan Joanna Dong turut menjayakan versi baru lagu yang digubah oleh Encik Hugh Harrison pada 1987 itu.



"Menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan adalah pengalaman yang luar biasa dan memberi perasaan yang berbeza berbanding menghasilkan dan menyanyikan lagu sendiri. Kadangkala saya berjalan-jalan di luar dan dengar suara saya dalam lagu tema ini dan saya rasa sangat teruja," kata Aisyah.



Menurutnya, tawaran menyanyi di NDP tahun ini diterimanya ketika beliau berada di Malaysia.



Aisyah, yang sejak dua bulan lalu bergerak sendiri, kini sedang dalam proses menulis lagu Melayu dan Inggeris dari pangkalannya di Kuala Lumpur.



Selepas empat tahun bersama label rakaman, Aisyah berkata beliau kini mahu belajar dan lakukan sendiri setiap langkah pembikinan lagu dari penghasilan ke edarannya.



Beliau kini sedang menghasilkan lagu bagi album EP yang dianggarkan dilancar antara hujung tahun ini dengan pertengahan tahun depan.



Menjelang NDP, Aisyah berkata beliau pulang ke Singapura setiap Jumaat bagi pertunjukan pada hari Sabtu sebelum terbang kembali ke Kuala Lumpur pada hari Ahad.



"Saya tahu komitmen yang diperlukan untuk terlibat dalam Hari Kebangsaan. Saya tahu setiap Sabtu perlu dikorbankan untuk NDP. Tapi ia suatu yang menyeronokkan kerana saya dapat menyaksikan NDP berulang kali," kata Aisyah.



Menyifatkan dirinya seperti kanak-kanak kecil apabila berada di lokasi NDP, Aisyah berkata beliau sukakan suasana di belakang pentas yang penuh bertenaga dan riuh-rendah.



"Kali terakhir saya menyaksikan NDP ialah apabila saya berusia 11 tahun. Selepas 13 tahun kemudian, saya kembali ke sini sebagai penyanyi di atas pentas negara. Ia adalah satu penghormatan yang besar," kata Aisyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >