Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAM SASTERA BERITA HARIAN

Sanisah Huri tidak sabar temui peminat

Oct 27, 2017 | 05:30 AM



GENAP 10 hari lagi sebelum acara Malam Sastera: Asmara Dalam Lagu dipersembah pada Ahad, 5 November.



Sejauh ini, sambutan orang ramai terhadap acara itu, yang bakal menampilkan biduanita Sanisah Huri dan tokoh Yusnor Ef, amat menggalakkan.



Ini julung-julung kalinya juga penyanyi pujaan ramai itu tampil membuat persembahan solo. Sanisah, yang terkenal dengan lagu-lagu malar segar, akan menyanyi secara langsung, diiringi kumpulan pemuzik berpengalaman.



Malam Sastera antara acara utama Pesta Penulis Singapura (SWF) tahun ini.



Acara tahunan itu anjuran bersama Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC), dengan sokongan Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus).



Acara akan berlangsung pada 8 malam di Auditorium Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapura.



Bangunan bersejarah itu, di 1 St Andrew's Road dan menghadap Padang, dahulunya Dewan Bandaraya dan menempatkan mahkamah tinggi.



Stesen MRT terdekat ialah City Hall.



Pengunjung boleh mengikut jalan keluar 'B' stesen tersebut, bersebelahan Gereja St Andrew's.



Menyerikan acara ialah Cikgu Yusnor Ef, antara individu yang berperanan besar dalam kerjaya seni Sanisah Huri sepanjang lima dekad.



"Mereka akan bergandingan, dengan Sanisah mendendangkan lagu-lagunya, sementara



Cikgu Yusnor mengongsi kisah menarik pengalamannya menghasilkan antara lagu popular itu.



"Sanisah merindui peminatnya. Ini kali pertama beliau mengadakan konsert secara solo, diiringi orang yang rapat dengannya," kata pengurus Sanisah Huri, Cik Rusedah Tawahid.



Ditanya tentang penampilan penyanyi itu nanti, beliau berkata segalanya diuruskan dengan baik, apatah lagi mendapat sentuhan jurusolek profesional Sulaiha Ahmad.



Selain itu, pasukan pementasan mendapat sokongan Rays Bistro yang menyediakan jamuan buat mereka.



Orang ramai boleh mendapatkan tiket berharga $80 dengan menghubungi Cik Ukhti Aminah di talian 8876-3536; talian Sistic 6348-5555; atau menerusi laman https://www.sistic.com.sg/events/cswf2017y.



Potongan harga sebanyak 20 peratus diberi kepada warga berusia 55 tahun ke atas dan anggota Perkhidmatan Negara (NS).



Pembelian sekurang-kurangnya empat tiket pula akan meraih potongan harga 20 peratus.



Bagi pembelian 10 tiket ke atas, diskaun 30 peratus akan diberi.



Tiket boleh juga didapatkan di kaunter Sistic di pusat beli-belah serata negara. Ini termasuk Bedok Mall, Bukit Panjang Plaza, Esplanade, Hougang Mall, JEM, JCube, Nex, Tampines Mall, Tiong Bahru Plaza, Westgate dan White Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >