Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sanjungan NIE untuk Iskandar

Aug 17, 2016 | 05:30 AM



BELIAU telah banyak menyumbang kepada bidang seni setempat dan meraih pelbagai pencapaian cemerlang dalam bidang tersebut.



Namun, antara sumbangan terbesar pakar tembikar tersohor, Dr Iskandar Jalil, 77 tahun, adalah dalam bentuk pendidikan seni dan usahanya berkongsi ilmu seni tembikar dengan generasi muda.



Dr Iskandar yang memulakan kerjayanya dalam bidang pendidikan pada 1962 kini sudah terlibat dengan Institut Pendidikan Nasional (NIE) selama lebih 50 tahun.



Bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangannya selama ini, NIE melancarkan satu pameran yang bertajuk Dr Iskandar Jalil: Falsafah dan Proses Seorang Pakar Tembikar.



Majlis pelancaran pameran itu semalam turut dihadiri Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, selaku tetamu terhormat.



Orang ramai boleh menyaksikan pameran yang akan berlangsung selama sebulan itu di Galeri NIE.



Pameran itu merupakan yang pertama memaparkan kehidupan dan karya pemenang Pingat Budaya itu, yang menunjukkan bagaimana beliau menggabungkan seni dengan sains dalam bidang tembikar.



Dr Iskandar, yang pernah diiktiraf dengan Anugerah Jauhari Berita Harian serta pingat Order of the Rising Sun, Gold Rays with Rosette oleh kerajaan Jepun, dalam ucapannya semalam berkata:



"Peranan utama saya ialah sebagai pendidik, tembikar ialah hobi saya. Membuat tembikar ini memerlukan (pembuat) bermain degan lumpur tetapi ini harus dilakukan dengan perasaan, visi dan dengan penuh kesungguhan."



Selepas menjalani latihan sebagai pendidik di Maktab Perguruan Singapura (TTC) pada 1962, Dr Iskandar menerima Biasiswa Rancangan Colombo bagi melanjutkan pengajian dalam bidang rekaan tembikar di Jepun pada 1972.



Beliau kemudian menebarkan sayap sebagai artis dan pendidik di pelbagai institusi termasuk Institut Vokasional Baharuddin dan Politeknik Temasek.



Beliau turut berkongsi ilmunya dengan generasi muda di kelab masyarakat dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).



Bulan lalu, Dr Iskandar juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan semasa majlis konvokesyen Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Ijazah tersebut disampaikan kepadanya bagi mengiktiraf pencapaian dan kepakaran Dr Iskandar dalam bidang seni tembikar dan juga menghargai khidmatnya dalam bidang pendidikan.



Ketika diminta mengulas, Dr Faishal memuji usaha mengadakan pameran itu dan berharap ia akan menjadi inspirasi bagi generasi sekarang dan akan datang.



"Saya harap pameran ini serta video dan buku yang turut diterbitkan akan menjadi inspirasi bagi generasi sekarang dan akan datang untuk memanfaatkan nilai yang diamalkan Dr Iskandar dalam karya dan kehidupannya.



"Ini juga dapat membantu mengubah kehidupan masyarakat kita secara positif. Saya berterima kasih, terdorong dan bangga dengan sumbangan serta pencapaiannya," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >