Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:13
Isyak
8:22
Setempat

PENULARAN VIRUS KORONA NOVEL

Santai bersama keluarga berjalan terus...

Feb 03, 2020 | 05:30 AM

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, bersama tiga Anggota Parlimen (AP) semalam beramah-tamah bersama penduduk dan pengunjung di Changi Village di sebalik kebimbangan penularan virus korona novel.

Dalam satu pos di Facebooknya semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata:

"Ramai yang datang untuk menjamu selera di gerai-gerai makan yang popular di sini dengan keluarga dan teman-teman. Cukup santai."

Beliau menambah: "Penting untuk kita semua tenang, menjaga kebersihan diri dan meneruskan kehidupan kita. Saya yakin dengan kesatuan yang ditunjukkan oleh rakyat sejauh ini, kita mampu menewaskan virus korona baru ini."

Beliau bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; dan AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.

Mereka turut meninjau pusat pengagihan pelitup di Blok 2 dan memuji semangat relawan di situ.

Dalam posnya, Dr Maliki berkata: "Bangga melihat para relawan yang mengorbankan masa demi memastikan kesihatan para penduduk setempat terpelihara."

Dr Faishal dalam pos Facebooknya juga berkata beliau antara lain mengingatkan penduduk berkaitan penggunaan pelitup secara bertanggungjawab.

Encik Masagos dan rakan AP beliau itu turut menyertai satu sesi sembang relawan M3@Bedok bersama Dyn Norahim, yang popular dengan watak 'Abang J', bagi membincangkan isu semasa, termasuk isu virus korona.

Artikel Terkini