Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Santapan pembuka selera di pesawat Airbus A-380 dilancar

SIA
Oct 24, 2020 | 07:06 PM



APABILA spesialis pemerolehan, Encik Halim Rahman, mendapat tahu bahawa syarikat penerbangan Singapore Airlines menawarkan sesi makan tengah hari dalam pesawat Airbus A-380, beliau teruja malah menyifatkannya sebagai cara terbaik menyambut ulang tahunnya yang ke-37.



Beliau menanti hingga tengah malam bagi pendaftaran di dalam talian dibuka. 



Encik Halim bahkan berjaya membuat tempahan di kelas perniagaan pesawat untuknya dan teman baiknya, Encik Fairus Ahmad, 38 tahun, eksekutif produk kanan, menikmati makan tengah hari istimewa itu.



"Saya lebih tekankan soal pengalaman...Saya tahu harganya agak mahal bagi menikmati pengalaman makan dalam pesawat...tetapi memandangkan kami tidak dapat ke mana-mana, inilah kenangan manis yang boleh diraikan," ujar Encik Halim kepada akhbar The Straits Times.



Dua sahabat karib ini adalah antara 400 orang pertama yang dapat menikmati pengalaman makan di dua pesawat raksasa menerusi khidmat sajian Restaurant@A380 pada Sabtu (24 Oktober).



Sekitar 900 tempat duduk disediakan bagi sesi makan tengah hari untuk dua hari, Sabtu (24 Oktober) dan Ahad (25 Oktober). Dalam tempoh 30 minit tempahan dibuka dalam talian, laris terjual khidmat makan tengah hari SIA ini.



Syarikat itu kemudian mengumumkan ia juga akan menyediakan sesi makan tengah hari  pada 31 Oktober dan 1 November ini di samping sesi makan malam pada  empat hari berkenaan.



Sesi makan tengah hari dan makan malam berharga $50 seorang di kabin kelas ekonomi, $90 seorang bagi ekonomi premium, $300 seorang bagi kelas perniagaan dan $600 seorang bagi suite.



Sekitar 200 kakitangan SIA termasuk kru kabin menawarkan khdimat sukarela membantu di acara tersebut membuatkan sebahagian kawasan transit di Terminal 3 sesak seketika buat kali pertama dalam beberapa bulan sejak pandemik Covid-19 melanda.



Mereka yang menghadiri sesi tersebut perlu menyerahkan pasport mereka untuk disimpan. Beg mereka juga diperiksa sepertimana menaiki pesawat. Sesiapa yang menyimpan air botol dalam beg juga diminta mengosongkan air tersebut sebelum dibenarkan menaiki pesawat.



Naib Presiden Eksekutif (Komersial) SIA, Encik Lee Lik Hsin yang ditemui media berkata:



"Kami amat menghargai sokongan yang diberi orang Singapura.  Semuanya laris hujung minggu ini tetapi masih ada beberapa slot bagi hujung minggu depan...jika permintaan terus ada, tentunya rancangan menawarkan lebih banyak sesi makan tengah hari atau malam adalah sesuatu yang akan kami fikirkan."



Menurutnya, terdapat sambutan baik bagi inisiatif baru SIA iaitu kiriman makanan premium dengan lebih 500 hidangan terjual sejauh ini.



Mengenai bagaimana inisiatif ini membantu SIA dari segi kewangan, beliau berkata:



"Kesemua inisiatif ini menjana hasil tetapi kami adalah syarikat penerbangan dan kami perlu kembali ke udara. Justeru, kami berharap dapat menggerakkan operasi penerbangan secepat mungkin."



Namun, buat masa sekarang, peluang makan di pesawat adalah pengalaman gantian terbaik sementara kembara udara di peringkat antarabangsa masih lagi dihambat sekatan sempadan kerana pandemik Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >